|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Rizalina Mat Radzi |
| 1 | 2014 Thesis | Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain Rizalina Mat Radzi Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan guru dan ibu bapa dalam merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Kajian ini berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain, mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh guru untuk merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan mengenal pasti sokongan ibu bapa di rumah dalam membantu merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan 25 orang kanak-kanak prasekolah, 3 orang guru prasekolah dan 3 orang ibu bapa kanak-kanak prasekolah. Sokongan ibu bapa di rumah dilihat dari aspek perbincangan, penyeliaan anak-anak dan komunikasi ibu bapa di rumah. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur untuk mengenal pasti perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Kaedah temu bual digunakan bagi mendapat pandangan guru dan ibu bapa berkaitan perlaksanaan aktiviti tersebut. Analisis data s..... 2561 hits |