UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 3 |
Simplified search suggestions : Sajastanah Imam Koning |
1 | 2021 Article | Integrasi aktiviti muzikal dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik: satu kajian literatur Sajastanah Imam Koning Integrasi aktiviti muzikal dalam matematik merupakan strategi pengajaran guru yang berfokuskan kepada penguasaan kandungan pembelajaran dalam kalangan murid. Di antara aktiviti muzikal dalam pembelajaran matematik adalah melibatkan pendedahan murid kepada elemen muzik seperti pic, tempo dan irama. Integrasi aktiviti muzikal dalam pembelajaran matematik di Malaysia mula ditekankan sejak Kementerian Pendidikan Malaysia menyarankan guru-guru agar mengaplikasikan gaya pembelajaran abad ke-21 dalam bilik darjah. Perbincangan ini akan menganalisis literatur-literatur secara ekstensif berkaitan aktiviti-aktiviti muzikal yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Analisis akan membincangkan kaedah-kaedah, aktiviti-aktiviti muzikal yang digunakan dan impak aktiviti muzikal dalam pembelajaran matematik murid. Integrasi aktivti muzikal dalam matematik adalah seperti mengira detik lagu, nyanyian, berdikir, bermain instrumen dan mencipta lagu. Manakala impak bagi aktiviti pembel..... 777 hits |
2 | 2022 Thesis | Polisi, kefahaman, sokongan, kompetensi dan penguasaan mata pelajaran Pendidikan Muzik dalam pelaksanaan kokurikulum Ensembel Kombo Sekolah Menengah Sajastanah Imam Koning Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti polisi kokurikulum Ensembel Kombo
Sekolah Menengah (EKSM) dan hubungan antara persepsi kefahaman polisi dalam
kalangan guru pembimbing, sokongan iklim sekolah, kompetensi dan penguasaan mata
pelajaran Pendidikan Muzik murid yang menyertai EKSM. Kaedah kualitatif dan
kuantitatif telah dirangka dalam kajian ini bagi menjawab lima soalan kajian dan lima
hipotesis. Teknik analisis dokumen diguna pakai bagi menginterpretasikan polisi
berpandukan model ADEPT (Analysis of Determinants of Policy Impact). Dokumen
yang dipilih ialah kertas konsep, minit mesyuarat, surat-menyurat dan buku panduan
kokurikulum. Data dianalisis secara deskriptif dan menggunakan model PLS-SEM.
Dapatan kajian ini menunjukkan persepsi kefahaman polisi dalam kalangan guru
pembimbing (M = 4.33, SD = 0.39), sokongan iklim sekolah (M = 4.11, SD = 0.466),
kompetensi (M = 4.02, SD = 0.517) dan penguasaan mata pelajaran Pendidikan Muzik
murid yang menyertai EKSM (M = ..... 779 hits |
3 | 2010 Thesis | Gubahan lagu tempatan untuk pembangunan produk: modul ensembel instrumental rekoder Sajastanah Imam Koning Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan bahan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri dan identiti tempatan. Pendekatan yang digunakan adalah melalui penerapan lagu-lagu tempatan dalam bahan yang dibangunkan khusus untuk ensembel rekoder bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Dengan sistem latihan berpandukan buku kaedah pancaragam barat, melodi-melodi tempatan seperti lagu rakyat, lagu tradisional, dan lagu ciptaan penggiat muzik tempatan untuk kanak-kanak digunakan sepenuhnya menggantikan lagu-lagu barat yang sering dijadikan asas utama dalam pembelajaran bilik darjah di sekolah-sekolah di Malaysia. Produk yang dibangunkan dalam bentuk modul pembelajaran instrumental rekoder dalam bilik darjah kemudiannya diuji melalui temubual dan perbincangan dengan guru-guru muzik lain yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.. 94 hits |