AbstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis metafora kemurungan dalam kalangan pesakit Kecelaruan Episod Kemurungan Major (MDD) berdasarkan perspektif kognitif dan wacana yang dibangunkan oleh Lakoff dan Johnson (1980) dan Cameron et al. (2010). Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah kualitatif menerusi kajian kes yang memfokuskan 38 orang pesakit MDD di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dengan membangunkan korpus berpandu, iaitu perisian WordSmith 8.0, data temu bual dengan melibatkan sejumlah 65,594 perkataan telah dianalisis. Prosedur Pengenalpastian Metafora (IMP) yang dicadangkan oleh Kumpulan Pragglejaz (2007) digunakan untuk mengenal pasti ungkapan metafora kemurungan tanpa mengikut gerak hati. Dapatan kajian menunjukkan bahawa metafora kemurungan yang dikenal pasti menghasilkan 26 pola, iaitu 16 pola adalah dari perspektif kognitif manakala 10 pola adalah dari perspektif wacana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa metafora konsepsi GANGGUAN KEMURUNGAN IALAH KEJATUHAN mempuny.....