UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Syarifah Salha Syed Ahmad |
1 | 2019 Thesis | Analisis teori Takmilah Faraid Al-FawaId Al-Fikr Al-Imam Al-Mahdi karangan Sheikh Daud Al-Fatani Syarifah Salha Syed Ahmad Fara’id al-Fawa’id al-Fikr fi al-Imam al-Mahdi (MSS 2939) adalah karya tulisan Sheikh
Daud al-Fatani r.h.m yang diterjemah daripada guru beliau iaitu Sheikh Mar’i bin Yusuf r.h.m.
Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis secara terperinci tentang aspek-aspek
ketauhidan, kerasulan dan kesempurnaan Islam berpandukan prinsip-prinsip teori Takmilah.
Kajian dibuat menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks secara deskriptif. Teori
Takmilah digunakan dalam menganalisis kandungan teks kerana sejajar dengan konteks
kandungannya yang meletakkan tauhid sebagai tunjang utama karya bercirikan Islam. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa naskhah manuskrip MSS 2939 memperlihatkan unsur-unsur tauhid sejajar
dengan prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal. Ciri-ciri kepimpinan Islam dapat ditemukan dalam
manuskrip ini dan bertepatan dengan prinsip kerasulan yang bersifat Kamil...... 3485 hits |