UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 197
Simplified search suggestions : pembangunan dan kebolehgunaan
12015
article
Pembangunan dan ujian kebolehgunaan animasi bersegmen Kawalan Pengguna Linear (KPL) untuk program pengajian Diploma Sistem Rangkaian di Politeknik Malaysia
Hassan Anuar, Mohamad Ali Ahmad Zamzuri,
The aim of this study is to investigate the acceptance of usability of segmented animation of program linear controlled (KPL).The acceptance of usabiltity was tested in aspect of teaching and learning, motivation, design and technical. This instrument was adapted from Jamalludin, Baharudin and Zaidatun (2001) and it contained 15 items that need to be answered by respondents. The respondents consisted of 35 students in the final semester of the Diploma in Electrical Engineering program from a Polytechnic in the Klang Valley. The data obtained were analyzed using the descriptive mean method (SPSS version 19.0). Findings showed that the segmented animation of program linear controlled (KPL) had adhered to the development standards and is suitable to be used as teaching medium for the topic of OSI Model...

1657 hits

22019
thesis
Pembangunan dan kebolehgunaan indikator kemahiran literasi awal kanak-kanak
Juppri Bacotang
  Kajian  ini  bertujuan  membangunkan  dan  menentukan  kebolehgunaan  Indikator Kemahiran Literasi Awal Kanak-kanak (IKLAK) dalam menilai kemahiran literasi awal yang merangkumi  bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, fonemik dan fonetik, bacaan dan  kefahaman naratif, dan tulisan awal terhadap kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun. Kajian ini  menggunakan kaedah penyelidikan campuran iaitu pendekatan kualitatif bagi pembangunan IKLAK, dan  pendekatan kuantitatif bagi pembangunan dan kebolehgunaan IKLAK. Reka bentuk pembangunan IKLAK  adalah berdasarkan Model ADDIE-IKLAK, manakala reka bentuk kebolehgunaan IKLAK adalah melalui  kajian tinjauan. Kajian ini melibatkan tiga orang ahli pakar, 43 orang pendidik dan 40 orang  kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun bagi reka bentuk pembangunan IKLAK. Manakala, 21 orang  pendidik dan 222 orang kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun dilibatkan bagi reka bentuk  kebolehgunaan IKLAK. Data ku.....

4309 hits

32019
thesis
Pembangunan dan kebolehgunaan modul pengajaran STEM bagi bidang pembelajaran statistik dan kebarangkalian dalam KSSM Matematik tingkatan dua
Siti Nabila Khalid
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pengajaran STEM bagi bidang pembelajaran Statistik dan Kebarangkalian dalam KSSM Matematik Tingkatan Dua. Kajian pembangunan modul ini melibatkan proses kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul. Modul ini dibangunkan berasaskan semua fasa dalam model ADDIE iaitu (A) analisis, (D) reka bentuk, (D) pembangunan, (I) pelaksanaan dan (E) penilaian. Modul ini juga diterapkan dengan konsep STEM serta teori pembelajaran berasaskan inkuiri. Proses kesahan modul dilakukan oleh empat orang pakar. Dapatan menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan mempunyai kesahan yang baik dengan peratus persetujuannya adalah 92%. Seterusnya, modul ini diuji kebolehpercayaan dan kebolehgunaanya melalui kaedah tinjauan terhadap 42 orang guru Matematik sekolah menengah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Dapatan menunjukkan kebolehpercayaan instrumen adalah baik dengan nilai Cronbach’s Alpha, 0.97. Manakala bagi dapatan kebolehgunaan modul pula menunj.....

6016 hits

42021
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Gravigame bagi subtopik hukum Kepler dalam kalangan guru pelatih Fizik
Farah Najwa Ismail
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan 'Gravigame' dalam topik hukum Kepler dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih fizik di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan pembangunan dengan mengaplikasikan model ADDIE yang mempunyai lima fasa: analisis, reka bentuk, pengembangan, pelaksanaan dan penilaian. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru fizik pelatih dari semester tujuh dan lapan yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan iaitu borang kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan. Data daripada soal selidik kebolehgunaan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan min dan sisihan piawai (s.p). Data daripada dua pakar menunjukkan bahawa permainan yang dibangunkan mempunyai kesahan yang baik dengan persetujuan sebanyak 94%. Hasil data kebolehgunaan menunjukkan bah.....

4355 hits

52021
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Juquanji bagi subtopik teori kuantum cahaya dalam kalangan guru pelatih Fizik
Nur Aqilah Aisyah Sajri
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan bahan bantu mengajar iaitu permainan JUQUANJI bagi subtopik Teori Kuantum Cahaya tingkatan lima dan menilai tahap kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih fizik di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian berdasarkan Model ADDIE. Permainan JUQUANJI ini merupakan satu permainan yang telah diadaptasi dari permainan papan JUMANJI. Kaedah pensampelan yang digunakan untuk menguji tahap kebolehgunaan permainan JUQUANJI adalah berdasarkan teknik pensampelan secara rawak mudah yang terdiri daripada 32 orang guru pelatih fizik dari semester 7 dan 8. Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan iaitu borang kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan. Data bagi soal selidik kebolehgunaan telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai (s.p). Hasil dapatan kajian, setiap kesa.....

5190 hits

62021
final_year_project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan "Mystery MCycle Kit" dalam subtopik pembahagian sel bagi mata pelajaran sains tingkatan empat
Mohamad Kamaasraf Besar@Kamal
Kajian ini bertujuan membina dan membangunkan “Mystery M’cycle Kit” dalam subtopik pembahagian sel dalam sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Tingkatan Empat. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan persepsi dan kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih. Reka bentuk dan pembangunan “Mystery M’cycle Kit” menggunakan model ADDIE. Sampel untuk kesahan terdiri daripada tiga orang pensyarah biologi yang berpengalaman. Bagi kebolehpercayaan pula, sampel terdiri daripada 30 orang bakal guru pelatih yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) yang bukan dari sampel sebenar. Manakala, persepsi kebolehgunaan terdiri daripada 97 orang bakal guru pelatih yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) bagi ambilan A172 dan A181. Dua jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu Borang Kesahan Kandungan Kit dan Soal Selidik Kebolehgunaan Kit. Data kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan ini dianalisis dengan menggunakan pe.....

3988 hits

72021
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Germs Striker bagi subtopik pertahanan badan dalam mata pelajaran Sains tingkatan dua
Nur Amalina Abdullah
Penggunaan teknik dan bahan bantu mengajar yang kreatif oleh pendidik dalam sesi pengajaran dapat membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan serta menentukan kebolehgunaan permainan ‘Germs Striker’ bagi subtopik pertahanan badan dalam Sains Tingkatan dua daripada persepsi guru pelatih. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan dan berpandukan model ADDIE. Seramai 140 orang guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Biologi semester enam dan tujuh dari Universiti Pendidikan Sultan Idris terlibat di dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang kesahan pakar dan borang soal selidik kebolehgunaan. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Dapatan kajian menunjukkan, permainan Germs Striker yang dibina mempunyai kesahan yang baik dengan nilai peratus persetujuan pakar sebanyak 84%. Dapatan kajian juga menunjuk.....

2394 hits

82019
thesis
Pembangunan kebolehgunaan Modul Manipulatif Jubin Algebra bagi murid tingkatan empat
Rozita Mohamed Radzuan
Tujuan kajian ini ialah membangunkan Modul Manipulatif Jubin Algebra bagi murid Tingkatan Empat berpencapaian sederhana dan rendah bagi topik Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dan seterusnya diuji kesahan dan kebolehgunaannya. Reka bentuk kajian ialah Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan. Dua instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu; Soal Selidik Persetujuan Pakar (SSPP) untuk menilai kesahan modul dan Soal Selidik Kebolehgunaan Modul (SSKM) digunakan untuk menguji kebolehgunaan modul. Modul disemak oleh lima orang pakar untuk kesahan modul dan peratus persetujuan pakar yang didapati ialah 83.2%. Modul juga digunakan dalam pembelajaran untuk 47 orang murid lain dan min yang didapati ialah 3.237 (SP = .680). Hasil kajian menunjukkan Modul Manipulatif Jubin Algebra mempunyai peratus kesahan pakar yang tinggi yang memberi indikasi modul ini mempunyai isi kandungan yang menepati kurikulum, aktivitinya bersesuian dengan tahap pelajar dan jubin algebra membantu meningkatkan .....

1826 hits

92021
thesis
Pembangunan dan kebolehgunaan modul pengajaran berasaskan game board dalam pembelajaran operasi nombor kanak-kanak prasekolah
Siti Shahida Md Rasdi
Kajian ini bertujuan membina dan menilai kebolehgunaan modul pengajaran berasaskan game board (GB) dalam pembelajaran operasi nombor kanak-kanak prasekolah. Pembinaan modul ini menggunakan pendekatan model ASSURE dan telah melalui proses pengesahan. Kajian ini juga menilai kesan modul terhadap pencapaian kanak-kanak. Pendekatan kualitatif dengan kaedah ujian pra dan ujian pos. Pemilihan subjek kajian melibatkan empat orang kanak-kanak berumur 6 tahun di sebuah tadika di Ipoh, Perak. Dua jenis instrumen kajian iaitu modul GB melibatkan permainan game goose, snake and ladders, dan saidina kids dan ujian pencapaian pra pos. Data dianalisis menggunakan senarai semak, pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Kaedah pengiraan kesahan kandungan modul berdasarkan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 26. Dapatan kajian menunjukkan modul ini telah membantu guru mengajar dalam pengajaran operasi nombor kanak-kanak prasekolah. Kesimpulan daripada kajian menunjuk.....

2299 hits

102021
thesis
Pembangunan dan kebolehgunaan Bio-Pal Handbook: Coordination dalam kalangan fasilitator Peer Assisted Learning Biologi matrikulasi
Norshahfizah Abdul Shukor
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji kebolehgunaan manual fasilitator iaitu Bio-PAL Handbook: Coordination sebagai alternatif untuk meningkatkan kompetensi fasilitator dalam mengendalikan sesi Peer Assisted Learning (PAL). Manual ini dibangunkan untuk fasilitator kursus Biologi bagi topik Koordinasi bagi Program Matrikulasi. Kajian ini menggunakan reka bentuk Kajian Pembangunan berpandukan Model ADDIE. Nilai kesahan ditentukan melalui indeks kesahan kandungan (CVI) dan kaedah peratusan. Nilai kebolehpercayaan manual pula diperolehi melalui kajian rintis yang dijalankan ke atas 30 orang responden. Seramai 52 orang fasilitator PAL Biologi terlibat dalam kajian sebenar bagi menguji kebolehgunaan manual yang dibangunkan. Kajian mendapati nilai CVI bagi item I-CVI dan S-CVI kedua-duanya adalah menghampiri 1.00 dengan nilai peratusan iaitu 94.5%. Nilai ini menunjukkan kesahan yang sangat baik bagi Bio-PAL Handbook: Coordination. Kebolehpercayaan Bio-PAL Handbook: Coor.....

958 hits

[First] [Prev] Page 1 of 20 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.