UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 190
Simplified search suggestions : pembangunan modul
12016
Thesis
Pembangunan dan penilaian modul pentaksiran autentik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun Satu bagi topik wang, masa dan waktu
Mas Norbany Abu Samah
Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Modul Pentaksiran Autentik (M-PA) untuk pengajaran matematik Tahun Satu bagi topik Wang, Masa dan Waktu. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan melibatkan soal selidik dan kaedah temu bual. Kajian juga menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen bagi menentukan keberkesanan pengajaran menggunakan M-PA. Populasi seramai 210 guru matematik Tahun Satu di daerah Kuala Terengganu terlibat dalam kajian ini bagi membangunkan M-PA dengan menggunakan gabungan Model Russell, Model Sharifah Alwiah dan Model Mohd Sidek. Data dianalisis secara analisis deskriptif bagi mendapatkan min dan sisihan piawai, manakala ANCOVA bagi menentukan perbezaan pencapaian murid antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Data temu bual dianalisis menggunakan analisis isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan penerimaan guru terhadap Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah sederhana manakala, tahap amalan dan pemantauan adalah tingg.....

3691 hits

22016
Article
Pembangunan modul literasi awal (Modul Lit-A) untuk kanak-kanak TASKA
Bacotang Juppri, Mohamed Isa Zainiah,
7557 hits

32013
Thesis
Pembangunan modul pengajaran bahasa Melayu secara bersepadu
Zulkifli Osman
Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah menuntut agar pengajaran Bahasa Melayu (BM). dilaksanakan secara bersepadu, sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, kajian mendapati bahawa proses pengajaran BM masih bersifat tradisional, dikotomi, dan memberi penekanan yang tidak seimbang terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa. Tujuan utama kajian ini ialah mereka bentuk, membina dan menilai modul pengajaran BM secara bersepadu. Modul ini dibangun berlandaskan lapan strategi utama. Kajian Reka bentuk dan Pembangunan Jenis 1 ini melibatkan tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembinaan, dan pelaksanaan dan penilaian yang diadaptasi daripada Model Reka bentuk dan Pembangunan Richey dan Klein (2007). Model Pengajaran Berkesan Morrison et al (2007) digunakan sebagai panduan membangunkan modul, manakala model penilaian formatif Tessmer (1993) digunakan sebagai panduan menilai modul. Dalam fasa analisis keperluan, teknik kuali.....

6469 hits

42016
Article
Aplikasi Model ADDIE dalam pembangunan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) untuk awal kanak-kanak
Bacotang Juppri, Mohamed Isa Zainiah, Che Mustafa Mazlina, Arshad Mahzan, Omar Ainon,
Atikel ini menjelaskan aplikasi model ADDIE dalam pembangunan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) untuk awal kanak-kanak. Modul Lit-A dibangunkan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang kemahiran literasi awal seperti bahasa dan komunikasi; konsep cetakan dan cetakan persekitaran; fonemik dan fonetik; bacaan dan kefahaman naratif; dan tulisan awal. Kajian ini berbentuk penyelidikan campuran (kualitatif dan kuantitatif) yang diaplikasikan dalam reka bentuk pengajaran model ADDIE, iaitu (i) Analisis (Analysis); (ii) Reka Bentuk (Design); (iii) Pembangunan (Development); (iv) Pelaksanaan (Implementation); dan (v) Penilaian (Evaluation). Sampel kajian terdiri daripada 4 orang penilai luar, 3 orang pendidik, dan 30 orang kanak-kanak berumur 2+, 3+, dan 4+ tahun. Dapatan menunjukkan Modul Lit-A mempunyai kesahan kandungan yang tinggi, sesuai dilaksanakan untuk kanak-kanak, dan berkesan meningkatkan tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak. Justeru, Modul Lit-A dapat digunakan.....

5665 hits

52016
Article
Pembangunan modul peta pemikiran i-Think bagi mata pelajaran Sains tahun 5 sekolah rendah
Murad Azlili, Abdullah Norazilawati,
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Modul Peta Pemikiran i-Think bagi mata pelajaran Sains sekolah rendah. Modul ini adalah sebagai rujukan dan panduan bagi memudahkan guru menggunakan peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah. Di samping itu, pembangunan modul ini juga adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid di dalam mata pelajaran Sains. Pengkaji menggunakan model ADDIE untuk membangunkan modul ini yang mempunyai lima peringkat iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Modul Peta Pemikiran i-Think terdiri daripada 4 bahagian iaitu maklumat mengenai i-Think, maklumat mengenai 8 peta pemikiran, rancangan pengajian harian (RPH) dan lembaran kerja berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Dalam kajian ini, modul tersebut dinilai oleh guru-guru Sains, jurulatih utama i-Think dan juga pensyarah. Modul ini dinilai dengan menggunakan senarai semak. Segala penambahbaikan dilakukan setelah peringkat penilaian selesai. Dijangk.....

1903 hits

62016
Thesis
Pembangunan modul pengurusan mikroskop bagi pembantu makmal sekolah menengah di daerah Kinta
Roslaili Khalid
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah Modul Pengurusan Mikroskop untuk pembantu makmal sekolah menengah. Pembangunan modul ini adalah berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek dengan menggunakan kaedah gabungan deskriptif dan kualitatif. Penilaian terhadap kesahan dilakukan oleh pakar dalam bidang Biologi, manakala kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul dinilai berdasarkan kepada maklumat kefahaman pembantu makmal terhadap modul. Empat orang pakar terlibat dalam pengukuran kesahan kandungan, manakala kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul dinilai daripada 105 orang pembantu makmal. Hasil kajian mendapati Modul Pengurusan Mikroskop yang dibangun mempunyai kesahan kandungan yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan semua pembantu makmal sekolah menengah mudah memahami dan menggunakan Modul Pengurusan Mikroskop dengan berkesan. Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa Modul Pengurusan Mikroskop yang dibangun berasaskan Model Pembinaan Modul Sidek mem.....

1143 hits

72013
Thesis
Pembangunan dan penilaian modul perisian pengajaran berbantukan komputer (PBK) menggunakan Microsoft Power Point interaktif untuk kanak-kanak prasekolah
Muhamad Fazli Mansor
Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah modul perisian pengajaran berbantukan komputer (PBK) menggunakan Microsoft Power Point interaktif untuk kanak-kanak prasekolah. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 70 orang guru yang mengajar kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Dapatan kajian melalui statistik deskriptif menunjukkan tahap persetujuan terhadap Modul Perisian PBK yang dibina ini dengan min aspek multimedia interaktif (min = 4.16), unsur-unsur teori Pembelajaran Konstruktivisme (min = 4.15) dan penggabungjalinan Tunjang Komunikasi (min = 4.13), Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika (min = 4.13) dan Tunjang Sains dan Teknologi (min = 4.09). Modul Perisian PBK Sayur-Sayuran yang dibina ini mengandungi elemen multimedia interaktif, unsur-unsur teori pembelajaran konstruktivisme dan gabung jalin Tunjang Komunikasi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika dan Tunjang Sains dan Teknologi. Metodologi pembinaan modul perisian PBK ini berasaskan reka bentuk.....

1447 hits

82016
Thesis
Pembangunan dan pelaksanaan modul Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu
Azlina Amir Hamzah
Kajian ini bertujuan membangun dan melaksanakan modul bagi topik 'Sel sebagai Unit Asas Kehidupan'. Kajian ini juga membuat perbandingan kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) dengan Pembelajaran Tradisional (PT) melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta membandingkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan Pentaksiran Konvensional (PK). Keberkesanan PBI bagi pencapaian akademik, kemahiran sosial (Domain Afektif), kognitif (Domain Kognitif), kemahiran manipulatif (Domain Psikomotor) serta gabungan kemahiran sosial, kognitif dan kemahiran manipulatif (KMS) turut dikaji. Reka bentuk kajian merupakan eksperimen kuasi. Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi memilih 60 orang pelajar daripada dua buah kelas Tingkatan 1 di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Dua instrumen digunakan; iaitu ujian pencapaian dan rubrik Penilaian Kerja Amali (PEKA). Data dianalisis menggunakan ujian-t, MANOVA dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati PBI memberikan kesan signifikan terhadap .....

1661 hits

92017
Thesis
Kesahan dan kebolehpercayaan modul kuasa minda separa sedar berdasarkan aplikasi terapi kognitif tingkah laku dalam pembangunan remaja
Parameswary Periasamy
Kajian bertujuan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan Modul Kuasa Minda Separa Sedar berdasarkan Aplikasi Terapi Kognitif Tingkah Laku (MKMSSTKT) dalam Pembangunan Remaja. Reka bentuk kajian adalah kajian deskriptif, iaitu mencari nilai kesahan kandungan dan nilai kebolehpercayaan MKMSS-TKT dalam pembangunan remaja. Seramai lapan panel pakar dalam bidang psikologi, Kaunseling dan Pendidikan telah dipilih untuk menjawab dua soal selidik kesahan kandungan modul oleh Russell dan soal selidik kesesuaian sesi dan aktiviti modul oleh Mohammad Aziz Shah. Seterusnya bagi mencari nilai kebolehpercayaan, seramai 30 responden daripada sebuah sekolah menengah di Daerah Sentul, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai subjek kajian. Dapatan mendapati peratus keseluruhan kesahan kandungan modul berdasarkan Russell adalah tinggi, iaitu 81 peratus, manakala kesahan kesesuaian sesi dan aktiviti berdasarkan Mohammad Aziz Shah ialah 88 peratus. Nilai pekali kebolehpercayaan MKMSS-TKT adalah tinggi iaitu.....

1664 hits

102017
Thesis
Pembangunan dan penilaian modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia subjek reka bentuk dan teknologi sekolah rendah
Ruzaini Hisyam Daud
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun Lima. Modul tersebut dibangunkan berpandukan model ADDIE iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Model ini merangkumi lapan peringkat iaitu pemilihan tajuk, penyediaan alatan untuk dirakam, pengujian alatan, rakaman video, penyuntingan video, pembangunan modul, pengujian dan penambahbaikkan modul serta penilaian rintis modul. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen kuasi telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan kluster melibatkan 50 orang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Bidor 2. Subjek kajian terdiri daripada 25 orang pelajar kumpulan eksperimen dan 25 orang pelajar kumpulan kawalan. Tiga instrumen kajian digunakan iaitu set soalan ujian pra dan ujian pos serta borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan.....

2474 hits

[First] [Prev] Page 1 of 19 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.