UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 4 |
Simplified search suggestions : Ahmad Omar |
1 | 2006 thesis | Sebutan bahasa Melayu baku dalam kalangan penutur satu kajian kes Ahmad Omar Kajian ini dilakukan melalui kaedah kajian kes berbentuk analisis dan kajian
kepustakaan. Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri daripada 28 orang responden Tingkatan 4
Pengajian Kejuruteraan Elektrik 2 di Sekolah Menengah Teknik Dungun, KM 5, Jalan Paka, 23000
Dungun, Terengganu.
Kajian kes difokuskan terhadap aspek sebutan bahasa Melayu baku responden melalui sesi pembentangan
tugasan yang diberikan oleh pengkaji. Pembentangan responden dirakam dan dianalisis mengikut bunyi
sebutan berdasarkan Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
Kajian Kepustakaan pula dilakukan untuk mencari fakta-fakta yang releven untuk menyokong dapatan
dan kajian kes.
Hasil kajian membuktikan terdapat hubungan yang signifikin antara kelemahan sebutan responden yang
disebabkan oleh pengaruh dialek tempatan, kelemahan sebutan yang disebabkan proses peleburan
terhadap setengah-setengah perkataan dan kel..... 2989 hits |
2 | 2021 thesis | Pengaruh faktor orientasi strategik, kepimpinan transformasional dan sumber organisasi ke arah pemerkasaan aktiviti ekonomi masjid di negeri Selangor Ahmad Raflis Che Omar Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan faktor orientasi strategik,
kepimpinan transformasional dan sumber organisasi dengan prestasi aktiviti ekonomi
masjid. Pengaruh faktor persekitaran organisasi sebagai pemboleh ubah pengantara
turut diuji. Kerangka kerja kajian ini dibina berasaskan Teori Kontingensi yang
diintegrasikan bersama Teori Resource Based View (RBV), Prinsip Pembangunan
Ekonomi Islam dan Teori Kepimpinan Transformasional. Kajian kuantitatif ini
menggunakan soal selidik yang telah dijawab oleh 134 orang wakil jawatankuasa kariah
dari lima daerah di negeri Selangor. Data-data telah dikumpulkan berdasarkan kaedah
persampelan kawasan (area sampling). Statistik deskriptif dan inferens iaitu Partial
Least Square-Structural Equation Modelling (PLS-SEM) digunakan untuk
menganalisis objektif kajian. Keputusan ujian hipotesis menunjukkan pemboleh ubah
orientasi strategik dan sumber organisasi berhubung secara signifikan dengan prestasi
bukan kewangan dengan ni..... 968 hits |
3 | 2016 thesis | Effects of ourdoor education on group cohesion among second year undergraduate teacher trainees from selected teacher education institutes in Malaysia Mazuki Mohd Yasim Ahmad, KB. (2002) An Overview of Architecture Education in the Contemporary Muslim World. In:
Petruccioli, A & Pirani, KK, 2002. Understanding Islamic Architecture, Oxon: RutledgeCurzon,
pp. 129-132.
Akib, M.S.,Yaacob, A,Jusoh,W.J.And Ibrahim,S .(2000) Muzium-muzium di Kelantan.
Malaysia. Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Andaya, L.Y.(2001) The Search for the ' Origins ' of Melayu. Journal of Southeast Asian
Studiest, 32(3), 315-330
Antrop, M. (2004) Rural-urban Conflicts and Opportunities. The Dimensions of the
European Landscape, 83-91
Antrop, M. (2005) Why landscapes of the past are important for the future. Landscape
Urban Planning. 70 (l-2), 21-34
Ardalan, N.(2002) "Simultaneous Perplexi ty": The Paradise Garden as the Quintessential
Visual Paradigm of Islamic Architecture and Beyond . I..... 1574 hits |
4 | 2019 thesis | Penerapan unsur kesantunan berbahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah di Hulu Selangor Asnida Gani Kajian ini bertujuan meneliti penggunaan dan penerapan amalan kesantunan berbahasa dalam
kalangan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah
di Hulu Selangor. Empat orang guru Bahasa Melayu dipilih sebagai peserta kajian
berdasarkan pengalaman tahun mengajar yang berbeza. Empat orang murid juga dipilih sebagai
peserta kajian secara berfokus. Kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes di sebuah
sekolah di Hulu Selangor digunakan sebagai metodologi kajian. Temu bual dan
pemerhatian dilakukan terhadap kelakuan santun guru, termasuklah penggunaan kata,
intonasi dan bahasa badan semasa berinteraksi dengan murid-murid di dalam kelas dan
keupayaan mereka menerapkan amalan kesantunan berbahasa ketika mengajar. Temu bual dan
pemerhatian juga dilakukan te..... 3954 hits |