UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 3 |
Simplified search suggestions : Ahmad Omar |
1 | 2001 conference_item | Ibrahim Omar : peranan dan sumbangan dalam perkembangan novel Melayu Isin Ramli, Dalam konteks perkembangan novel Melayu selama hampir lapan dekad itu, memang tidak dinafikan peranan dan sumbangan yang diberikan oleh pengarang-pengarang novel yang berasal dari negerinegen dalam Malaysia. Ini termasuklah pengarang-pengarang novel yang berasal daripada negeri Pahang Darul Makmur seperti Ahmad Kotot, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ibrahim Omar, Arman Sani dan Rahman Yusoff. Walaupun dari segi kuantitinya ternyata keeil berbanding dengan jumlah keseluruhan pengarang-pengarang novel dalam kesusasteraan Melayu yang berkarya antara tahun-tahun 1920- an hingga 2000 itu. Namun, sumbangan dan peranan yang mereka berikan dalam genre tersebut memang tidak boleh dipandang kecil, Dalam konteks ini suatu hal yang menarik ialah penglibatan mereka itu ada yang bermula sejak genre novel ini muneul dalam kesusasteraan Melayu pada tahun-tahun 1920an - 1930an. Pengarang yang dimaksudkan ialah Ahmad Kotot yang telah menghasilkan novel Hikayat Percintaan Kasih Kemudahan (1927). Kemudian..... 977 hits |
2 | 2001 conference_item | DPMP: wadah perjuangan penulis Pahang Syed Abdullah Syed Ahmad, DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan. Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training C..... 1360 hits |
3 | 2001 conference_item | Nilai-Nilai Melayu Dalam Pendidikan Md Hashim Omar, Dari awal lagi saya mesti membuat pengakuan ikhlas bahawa menyiap kertas kerja ini merupakan satu tugasan yang amat berat, pertamanya kejauhan saya dengan bahan penyelidikan terkini yang mungkin ada tetapi khasnya kerana walaupun banyak memperkatakan isu-isu orang-orang Melayu, tentang ekonominya, penderitannya, dan kelemahan-kelemahan sehingga diexploitasi oleh bangsa asing, tetapi tidak ada kajian menyeluruh mengenai kelemahan orang Melayu dalam pendidikan dan kaitannya dengan nilai budaya yang dianuti. Perintis awal dalam mengenengahkan permasalahan orang Melayu termasuk Munshi Abdullah, Wilkinson Winstedt, Zaaba, Barnes, Aminuddin Baki, Ungku Aziz, Dr. Mahathir Mohamad. Ada juga pemikir pendatang baru yang banyak menulis tentang hal ini seperti Asrul Zamaani, Abang Yusuf Putih dan Hasan Ahmad. Tetapi bagi saya dua tokoh yang paling fokus mengenai isu nilai dan kemajuan Melayu ialah Za’ba dan Mahathir kerana kedua-dua mereka bukan sahaja mengupas masalah tetapi juga menyaran malah..... 716 hits |