UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 20
Simplified search suggestions : Ghazali Din
12014
thesis
Kesan penggunaan buku bersiri Luqman al-Hakim terhadap perlakuan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
Nor Najiyah Ghazali
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan buku bersiri Luqman Al-Hakim melalui teknik penceritaan terhadap pembentukan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Tiga aspek perlakuan yang difokuskan ialah nilai beriman, bersyukur dan pembalasan. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental melibatkan ujian, pemerhatian dan temu bual. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang kanak-kanak prasekolah berumur enam tahun yang terdiri daripada dua buah kelas di sebuah tadika. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan. Kajian telah dijalankan selama enam minggu meliputi pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta proses penceritaan menggunakan buku bersiri Luqman Al-Hakim. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi perlakuan nilai akidah antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan manakala data kualitati.....

1686 hits

22015
thesis
An evaluation of the implementation of the school-based assessment system in Malaysia
Nor Hasnida Che Md Ghazali
The implementation of the school-based assessment (SBA) system is an effort in improving human capital development in a holistic manner and also to lessen the negative influences of exam-oriented education systems on students. The need to evaluate the new system is of critical importance as the SBA system is still in a relatively early stage of development. The research is conducted to evaluate the implementation of the SBA system in Malaysian schools by using Stufflebeam's CIPP (context-input-process-product) ModeL According to Stufflebeam, any programme could be evaluated from four dimensions of context, input, process and product. Applying the CIPP Model and supported by relevant learning theories - behaviourism, Piaget's learning theory, constructivism, multiple intelligence and brain research and the assessment models - formative model, the logic model and the SCAP (Social Constructivist Assessment Process) Model, this research examines the evaluation instrument in order to choose.....

1651 hits

32016
thesis
Kepengarangan Muhammad Haji Salleh berasaskan model proses kreatif teksnaluri
Ghazali Din
Kajian ini bertujuan untuk membuktikan kewujudan dan pengaruh elemen naluri dalam kepengarangan Muhammad Haji Salleh. Kajian secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kerja lapangan ini menganalisis sebanyak 10 buah kumpulan puisi Muhammad Haji Salleh yang mengandungi 742 buah sajak dengan menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Model ini dibangunkan sebagai sebuah kerangka konsep bagi memperjelaskan pengaruh elemen naluri dalam kepengarangan seseorang pengarang. Terdapat tujuh elemen naluri yang menjadi teras untuk memahami peranan naluri dalam kepengarangan pengarang iaitu Naluri Kerohanian, Naluri Kemanusiaan, Naluri Kemasyarakatan, Naluri Keindividualan, Naluri Keintelektualan, Naluri Kealaman dan Naluri Keindahan. Hasil analisis ke atas 742 sajak dalam 10 kumpulan puisi ini menemukan kehadiran elemen naluri yang secara dominan mempengaruhi kepengarangan Muhammad Haji Salleh dalam proses kreatifnya. Elemen naluri yang paling dominan ditemui ialah Naluri Keala.....

2053 hits

42017
thesis
Analisis hubungan antara Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan, gaya pengajaran dan efikasi guru Matematik sekolah rendah
Affaf Ghazali
Kajian tinjauan ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan guru matematik sekolah rendah tentang komponen Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK), gaya pengajaran dan efikasi dalam mengajar matematik serta hubungan yang wujud antara ketiga-tiga faktor ini dalam kalangan guru matematik sekolah rendah di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Tiga jenis soal selidik berskala Likert 5 dan satu ujian telah digunakan untuk pengumpulan data, iaitu soal selidik PPIK, soal selidik gaya pengajaran, soal selidik efikasi guru dan Ujian Pengetahuan Konseptual Pecahan. Sampel terdiri daripada 208 guru dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, seperti kekerapan, peratusan dan min, manakala statistik inferens yang terlibat menggunakan MANOVA, korelasi Pearson dan regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan bahawa PPIK dan efikasi dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berada pada tahap tinggi manakala gaya pengajaran dominan i.....

866 hits

52017
thesis
Keberkesanan kaedah pembelajaran teradun dalam cerpen
Hani Harliza Ghazali
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah pembelajaran teradun terhadap pencapaian, minat, pembelajaran kendiri dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar terhadap pengajaran cerpen. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan kelompok melibatkan 80 orang pelajar tingkatan lima aliran sains dan kemanusiaan yang dipilih secara rawak berpasangan di sebuah sekolah di daerah zon Bangsar Kuala Lumpur. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang pelajar kumpulan rawatan dan 40 orang pelajar kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra, ujian pasca dan juga soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t untuk melihat kesignifikan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan signifikan terhadap pencapaian, minat, pembelajaran kendiri dan KBAT pelajar dalam kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. K.....

749 hits

62010
thesis
Proses kreatif dan pemikiran: kajian puisi A. Wahab Ali dan Kemala
Ghazali Din
Disertasi yang bertajuk “Proses Kreatif dan Pemikiran: Kajian Puisi A. Wahab Ali dan Kemala” ini dibuat bertujuan mengkaji bagaimana mereka menghasilkan karya kreatif. Perbincangan memberi fokus kepada proses kreatif dan pemikiran dari hasil karya yang dihasilkan yang bertitik tolak daripada latar belakang kehidupan dan pendidikan. Aspek ini dianggap relatif dengan dunia penulisan kreatif dalam semua genre kesusasteraan. Setiap pengarang mempunyai proses kreatif tersendiri yang memberi kesan kepada karya yang dihasilkan. Pengkaji melihat penyair A. Wahab Ali dan Kemala memiliki kekuatan rohaniah dan jasmaniah serta pengaruh bakat dan psikologi yang perlu dikaji bagi menjawab persoalan bagaimana pengalaman hidup dan pendidikan mempengaruhi proses kreatif mereka melahirkan karya yang mencapai pengiktirafan peringkat nasional, serantau dan dunia. Persoalan kedua, keperluan melihat bagaimana proses kreatif berlaku dari peringkat awal hingga menjadi sebuah karya. Proses kreatif penyair .....

3026 hits

72018
thesis
Analisis persejarahan baharu dalam novel Melayu terpilih
Ghazali Taib
Kajian   ini   dijalankan   bertujuan   untuk   menganalisis   novel   Melayu   terpilih   dari perspektif  Persejarahan  Baharu.  Bagi  mencapai  tujuan  itu,  tiga  objektif  ditetapkan iaitu,   mengenalpasti  dan  menganalisis  hubungan  kait  unsur  sejarah  baharu  dengan sejarah  lama   jungkir  balik  sejarah,  pemaknaan  baharu,  menganalisis  hubung  kait unsur  sejarah  baharu   dengan  ideologi  pengarang  serta  menjelaskan  sisipan  elemen mimikri  dalam  novel  yang   dikaji.  Kajian  ini  adalah  sebuah  kajian  kepustakaan. Sumber utama  data  kajian  ialah  novel   `1515`  oleh  Faisal  Tehrani  (2003)  dan  novel `Luka Nering` karya Malim Ghozali PK (2014). Data dianalisis menggunakan kaedah analisis  kandungan   dan  dibincangkan  secara  deskriptif  berpandukan  empat  prinsip Persejarahan Baharu.  Berdasarkan analisis yang dilakukan, kajian ini mendapati unsur sejarah.....

1632 hits

82013
thesis
Keberkesanan sistem pengurusan pembelajaran ExeLearn di dalam pembelajaran Geografi
Ghazali Abdul Hamid
Persekitaran pembelajaran berasaskan penggunaan sistem pengurusan pembelajaran masih baru diperkatakan di negara ini. Walaupun telah ada usaha untuk melaksanakan pengajaran dan  pembelajaran  dengan menggunakan kaedah tersebut, tetapi masih belum  ada  sistem  pengurusan   pembelajaran  yang  benar-benar  mantap  untuk dilaksanakan di sekolah di negara ini. Sistem  ExeLearn merupakan sistem pengurusan pembelajaran berasaskan web yang dibangunkan dan direka bentuk   oleh pengkaji agar menepati aspek isi kandungan pelajaran dan aspek pedagogi di samping memupuk  pembelajaran secara konstruktivisme. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dengan  ujian pra dan ujian pasca. Kajian dijalankan terhadap dua kumpulan murid tingkatan dua di dalam  mata pelajaran Geografi, iaitu satu kumpulan belajar dengan menggunakan sistem ExeLearn, manakala  satu kumpulan lagi belajar dengan menggunakan kaedah tradisional.  Kajian bertujuan menilai  keberkesanan peng.....

416 hits

92022
thesis
Analisis kontrastif frasa adjektif bahasa Arab dan bahasa Melayu dalam cerpen
Shahrul Anuwar Mohd Ghazali
Pengaruh bahasa Arab telah meresap ke dalam bahasa Melayu. Kemasukan perbendaharaan kata bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu menyebabkan wujud kosa kata pinjaman bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Arab. Selain itu, pengaruh bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda memberi kesan kepada pelajar dalam menguasai bahasa Arab. Pengetahuan dan pengalaman bahasa pertama sering digunakan oleh pelajar semasa mempelajari bahasa asing. Hal ini menimbulkan kekeliruan kepada pelajar dalam memahami dan menguasai struktur frasa bahasa Arab. Ini kerana, struktur frasa adjektif berbeza antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu. Oleh demikian, kajian ini bertujuan untuk menentukan jenis frasa adjektif dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu serta mengkaji aspek persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua bahasa berdasarkan cerpen karya Mustafa Lutfi al-Manfaluti dan Shahnon Ahmad. Metodologi kajian yang dijalankan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen menggunakan kajian perpust.....

605 hits

102022
thesis
The best practices of STEM education for children aged 5-6 years old
Muhammad Nur Azam Ghazali
The purpose of this study is to determine how STEM education can bridge the gap between the productivity of early childhood educators and government policies in elevating the quality of education based on 21st century learning in Malaysia. There are 4 objectives of this study which are (i) explore the best practice in Early Science towards the implementation of STEM activity in kindergarten; (ii) explore the best practice in Early Mathematics towards the implementation of STEM activity in kindergarten; (iii) explore technology-assisted teaching tools towards the implementation of STEM activity in kindergarten; and (iv) explore engineering activity towards the implementation of STEM activity in kindergarten. The method of exploratory case study was used to design this study, which was based on a qualitative study. It was successfully carried out at three different private kindergartens in Malaysia, with four kindergarten teachers and 39 kindergarten students participating. T.....

849 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (20)
article ... (127)
book_section ... (1)
monograph ... (6)
bulletin ... (6)



Specific Period







Top 5 related keywords

+ghazali +din




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.