UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 6 |
Simplified search suggestions : Ghazali Din |
1 | 2023 final_year_project | Kesediaan dan pengetahuan guru pelatih Fizik terhadap pendidikan STEM Nurazreen Mohd Ghazali Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan dan pengetahuan bagi guru pelatih Fizik serta mengetahui sejauh mana pandangan bagi pendidikan STEM. Kajian ini telah melibatkan seramai 115 orang guru pelatih Fizik di UPSI yang terdiri daripada pelajar semester lima, enam dan tujuh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Fizik. Sampel ini dipilih menggunakan teknik pensempelan rawak mudah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Instrumen soal selidik dan protokol temu bual telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan data kajian kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai manakala bagi dapatan data daripada temu bual separa berstuktur pula dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis kualitatif oleh Miles dan Huberman (1994). Kajian ini telah memberikan satu pendedahan kepada institusi pendidikan khususnya bagi melihat sejauh mana ..... 1234 hits |
2 | 2023 final_year_project | Kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap sikap profesionalisme dalam latihan mengajar di sekolah Nor Yasmin Ahmad Ghazali Kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam terhadap sikap profesionalisme adalah penting.
Hal ini kerana dengan mengamalkan sikap profesionalisme dapat menjadi guru pelatih
tersebut menjadi seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang. Kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam di Universiti
Pendidikan Sultan Idris terhadap sikap profesionalisme dalam latihan mengajar. Kajian
dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan instrument borang soal selidik. Kajian
ini melibatkan 31 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam UPSI daripada
semester 6 dan semester 7 yang telah menjalani Latihan Mengajar 1 (LM1) pada Ogos
2022 sehingga Oktober 2022. Hasil dapatan kajian yang diperolehi telah dianalisis
menggunakan perisian SPSS dengan kaedah desktiptif untuk mendapatkan kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawaian. Hasil dapatan kajian mendapati persepsi guru
pelatih Pendidikan Islam terhadap profesionalisme adalah tinggi (min=4.2..... 307 hits |
3 | 2023 final_year_project | Kaedah Imam Al-Ghazali dalam menangani tingkah laku devian: kajian di Sekolah Menengah Agama Sungai Selisek, Kuala Kubu Bharu, Selangor Mariatul Qibthiah Noor Mohd Yusri Kajian ini membincangkan mengenai kaedah Imam Ghazali dalam menangani tingkah
laku devian di sekolah menengah. Permasalahan kajian menjurus kepada guru
Pendidikan Islam adalah salah satu kedudukan yang penting di dalam organisasi
sesebuah sekolah selain daripada pengetua dan guru kaunseling dalam memainkan
peranan besar untuk menangani isu tingkah laku pelajar selain itu faktor daripada
tingkah laku ibu bapa pelajar yang menyebabkan permasalahan ketiga di mana emosi
pelajar terganggu dan bertindak devian yang mana kajian ini dilaksanakan bertujuan
untuk mengenal pasti pendidikan Akhlak Imam Ghazali dan mengkaji tingkah laku
devian di sebuah sekolah agama serta menganalisis keselarian di antara tindakan yang
diambil oleh guru sebuah sekolah agama yang dipilih dalam menjalankan kajian bagi
menangani isu tingkah laku devian di sekolah menengah dalam kalangan remaja
memandangkan guru Pendidikan Islam juga merupakan pihak yang penting dalam
memainkan peranan dalam membentuk rema..... 206 hits |
4 | 2023 final_year_project | Naluri keintelektualan menjana minda dalam teks novel kesusasteraan melayu Naratif Ogonshoto Anis Karmila Mohamad Redzuan Kajian ini melihat Naluri Kepengarangan pengarang dalam sebuah teks novel
Kesusasteraan Melayu di sekolah. Kajian berbentuk kualitatif ini mengguna pakai
kaedah analisis teks. Kajian ini disokong dengan analisis kandungan media video
daripada sebuah siaran Youtube yang memuatkan pengisian bual bicara bersama
Sasterawan Negara Anwar Ridhwan mengenai novel beliau, iaitu Naratif Ogonshoto.
Kajian ini bertujuan mengkaji Naluri Keintelektualan yang menjana minda dalam novel
Naratif Ogonshoto oleh beliau. Model yang diterapkan ialah Model Proses Kreatif
Teksnaluri oleh Ghazali Din (2016). Asasnya, model ini menggagaskan tujuh naluri
dalam diri seseorang pengarang sebagai sumber dalaman yang berupaya
memangkinkan proses kreatifnya. Dengan membataskan Naluri Keintelektualan, kajian
ini melihat penjanaan minda dalam karya yang berkaitan dengan elemen-elemen dalam
naluri tersebut. Berdasarkan senarai catatan dan analisis yang dibuat, hasil kajian
mendapati bahawa Naluri Keintelektual..... 336 hits |
5 | 2024 final_year_project | Pembangunan dan kebolehgunaan Nutri-Learn bagi subtopik Sistem Percernaan dalam subjek Biologi Tingkatan Empat Azlin Hafizah Muhamad Malack Kajian bertujuan untuk membangunkan dan menentukan kebolehgunaan e-modul Nutri-Learn bagi subtopik Sistem Pencernaan Biologi Tingkatan Empat. Penilaian terhadap kebolehgunaan Nutri-Learn diuji dari aspek kebergunaan, kemudahgunaan serta kepuasan penggunaan. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan reka bentuk kajian pembangunan Ghazali dan Sufean yang berpandukan model instruksional ADDIE. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik untuk menilai kesahan dan kebolehgunaan Nutri-Learn. Kesahan Nutri-Learn dan instrumen soal selidik dijalankan melalui penilaian oleh dua orang pakar dari Jabatan Biologi. Seramai 40 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif melalui perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa Nutri-Learn ini mempunyai nilai kesahan yang tinggi iaitu 0.90 dengan menggunakan kaedah analisis CVI. Manakala, tahap kebolehgunaan Nutri-Lear..... 67 hits |
6 | 2024 final_year_project | Pembangunan dan kebolehgunaan e-komik ResMAn: Satu Nafas bagi topik Sistem Respirasi Manusia dan Haiwan Nur Athirah Mohd Susuki Kajian ini bertujuan membangunkan dan menentukan kebolehgunaan e-komik
ResMAn: Satu Nafas Lagi bagi topik Sistem Respirasi Manusia dan Haiwan daripada
perspektif murid Biologi Tingkatan Empat. Reka bentuk pembangunan adalah
mengikut Ghazali dan Sufean yang berpandukan model instruksional ADDIE. Data
dikumpul melalui borang kesahan dan soal selidik kebolehgunaan dan dianalisis
secara kuantitatif. Tahap kebolehgunaan e-komik ResMAn: Satu Nafas Lagi diuji ke
atas 40 orang murid Biologi Tingkatan Empat secara rawak di sebuah sekolah di Kota
Bharu, Kelantan. Nilai kesahan (CVI) e-komik ResMAn: Satu Nafas Lagi yang
diperoleh daripada pakar ialah 0.84. Analisis deksriptif bagi tiga konstruk
kebolehgunaan iaitu kebergunaan (M=3.73, SP=0.44), kemudahgunaan (M=3.73, SP
0.48) dan kepuasan penggunaan (M=3.76, SP=0.45). Purata skor min bagi ketiga-tiga
konstruk berada pada skala yang tinggi dan purata sisihan piawai juga menunjukkan
konsesus responden yang tinggi. Ini membuktikan bahawa..... 103 hits |