UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Ghazali Din |
1 | 2024 final_year_project | Pembangunan dan kebolehgunaan Nutri-Learn bagi subtopik Sistem Percernaan dalam subjek Biologi Tingkatan Empat Azlin Hafizah Muhamad Malack Kajian bertujuan untuk membangunkan dan menentukan kebolehgunaan e-modul Nutri-Learn bagi subtopik Sistem Pencernaan Biologi Tingkatan Empat. Penilaian terhadap kebolehgunaan Nutri-Learn diuji dari aspek kebergunaan, kemudahgunaan serta kepuasan penggunaan. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan reka bentuk kajian pembangunan Ghazali dan Sufean yang berpandukan model instruksional ADDIE. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik untuk menilai kesahan dan kebolehgunaan Nutri-Learn. Kesahan Nutri-Learn dan instrumen soal selidik dijalankan melalui penilaian oleh dua orang pakar dari Jabatan Biologi. Seramai 40 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif melalui perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa Nutri-Learn ini mempunyai nilai kesahan yang tinggi iaitu 0.90 dengan menggunakan kaedah analisis CVI. Manakala, tahap kebolehgunaan Nutri-Lear..... 67 hits |
2 | 2024 final_year_project | Pembangunan dan kebolehgunaan e-komik ResMAn: Satu Nafas bagi topik Sistem Respirasi Manusia dan Haiwan Nur Athirah Mohd Susuki Kajian ini bertujuan membangunkan dan menentukan kebolehgunaan e-komik
ResMAn: Satu Nafas Lagi bagi topik Sistem Respirasi Manusia dan Haiwan daripada
perspektif murid Biologi Tingkatan Empat. Reka bentuk pembangunan adalah
mengikut Ghazali dan Sufean yang berpandukan model instruksional ADDIE. Data
dikumpul melalui borang kesahan dan soal selidik kebolehgunaan dan dianalisis
secara kuantitatif. Tahap kebolehgunaan e-komik ResMAn: Satu Nafas Lagi diuji ke
atas 40 orang murid Biologi Tingkatan Empat secara rawak di sebuah sekolah di Kota
Bharu, Kelantan. Nilai kesahan (CVI) e-komik ResMAn: Satu Nafas Lagi yang
diperoleh daripada pakar ialah 0.84. Analisis deksriptif bagi tiga konstruk
kebolehgunaan iaitu kebergunaan (M=3.73, SP=0.44), kemudahgunaan (M=3.73, SP
0.48) dan kepuasan penggunaan (M=3.76, SP=0.45). Purata skor min bagi ketiga-tiga
konstruk berada pada skala yang tinggi dan purata sisihan piawai juga menunjukkan
konsesus responden yang tinggi. Ini membuktikan bahawa..... 103 hits |