UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 3 |
Simplified search suggestions : Ishak H |
1 | 2006 book_section | Kajian kebarangkalian kausal terhadap kecenderungan pelajar memilih Geografi sebagai mata pelajaran elektif tingkatan 4 dalam KBSM : satu tinjauan awal Ishak Abdul Jalil, Sumbangan Geografi dalam pembangunan negara mernang tidak dapat dinafikan. Selain menitikberatkan tentang kefahaman empirikal mengenai perkembangan dunia (R.J. Johnson, 1993), geografi turut membicarakan ‘to discover what happens where and to explain why anything which happens just where it does and under what combination o f circumstances it does happen just, where it does’ (Freeman, 1980). Dalam bidang integrasi ilmu pula, peranan geografi sebagai disiplin yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang lain juga tidak dipertikaikan. Ini termasuk dalam disiplin sains seperti geologi, meteorologL geofizik, oceonografi, sains kesihatan dan botani. Akin Mabogunje (1997) menyebut geografi sebagai bidang yang mempunyai perspektif yang amat luas mencakupi kajian mengenai alam semesta sebagai tempat penghuni manusia. Justeru sifatnya yang menekankan interaksi antara manusia dengan PenciptaNya, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam itu sendiri amat dititikberatkan. Akins membahagikan ..... 665 hits |
2 | 2006 book_section | Impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil, Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahankemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan me..... 2397 hits |
3 | 2006 book_section | Penggunaan pengangkutan jalan raya dan keselamatan pelajar sekolah : kajian kes di Majlis Daerah Tanjong Malim Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil, Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan majlis daerah di Daerah Batang Padang, iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim. Kajian ini melibatkan 5 buah sekolah menengah, iaitu sebanyak 3 buah di Tanjong Malim dan 2 buah di Sljm River. Jumlah sampel kajian ialah 429 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Kaedah kajian yang dijalankan adalah temu bual, pemerhatian dan catatan, analisis" keadaan basikal dan kaji selidik. Responden berpendapat tahap perkhidmatan bas yang ada pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, kecuali dari segi jumlah perkhidmatan bas serta tempat duduk yang tidak mencukup- bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Melalui kajian ini juga didapati jarang berlaku perkara-perkara seperti ..... 899 hits |