UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 7 |
Simplified search suggestions : Ishak H |
1 | 2005 conference_item | Persepsi alumni Anak Kandung dari Republik Singapura dan negara Brunei Darussalam terhadap Ibu Kandung SITC Ismail Ishak, Zain Mohd Zuber, Kertas kerja ini berdasarkan kajian dan analisis daripada projek penyelidikan Institut Peradaban Melayu UPSI bertajuk "Sejarah Lisan Tokoh-tokoh SITe". Projek kajian ini bertujuan merakamkan pengalaman dan sumbangan lulusan SITe dalam pelbagai bidang kemasyarakatan. Projek kajian ini dilakukan memandangkan amat sedikit sekali mak1umat yang tersimpan di UPSI mengenai rakaman sejarah dan peristiwa di SITe khususnya era sebelum Perang Dunia Kedua. Jika tidak dirakam dan didokumentasikan besar kemungkinan sejarah lisan mengenai latihan guru dan perguruan ini akan pupus memandangkan semakin ramai lulusan SITe (1022 - 1957) yang telah meninggal dunia. Skop kajian ialah merakam pengalaman responden sebagai guru pelatih semasa menjalani kursus selama tiga tahun di SITe Tanjong Malim, menjalani kelas (kurikulum) dan aktiviti luar kelas (kokurikulum), budaya belajar dan mengajar, aspirasi dan harapan sebelum diterima masuk ke SITe dan selepas lulus dan mendapat sijil perguruan dari SITe dan perk..... 2082 hits |
2 | 2004 conference_item | Islam hadhari: persepsi orang Melayu dalam menghadapi tuntutan dan cabaran milenium Ishak Abdul Jalil, Kebangkitan pemikiran terhadap Islam hadhari menuntut agar orang Melayu mengadakan muhasabah din terhadap pelbagai cabaran dan harapan menjelang milenium akan datang. Orang Melayu harus melakukan anjakan paradigma bagi menyaingi bangsa lain jika inginkan kehidupan sejahtera, aman dan bahagia di tanah air sendiri. Kertas kerja ini cuba meninjau kesediaan dan keterpanggilan orang Melayu dalam ledakan kebangkitan negara bangsa yang mendasari prinsip Islam hadhari yang digalurkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kajian mengenai peradaban Melayu pada masa lalu yang dijalankan sendiri oleh penulis, serta pelbagai konotasi yang dilemparkan golongan colonial terhadap bangsa yang pernah digambbarkan Windstead sebagai orang yang berbudi bahasa turut dijadikan kayu ukur dalam menjana pemikiran terhadap kemampuan orang Melayu dalam menghadapi cabaran dan tuntutan masa hadapan, khususnya dalam. permasalahan mencakupi institusi keluarga, pendidikan, kejiranan dan ..... 671 hits |
3 | 2001 conference_item | Kebudayaan Pahang dalam alaf baru Hanafi Dollah, Suatu hal yang agak 'ganjil' terjadi kepada Pahang ialah ia dipisahkan dengan negerinegeri jirannya yang terdekat iaitu Terengganu dan Kelantan, sebaliknya digabungkan dengan negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Akibatnya sehingga sekarang, Pahang seolah-olah menjadi 'marginal' baik dalam konteks negeri-negeri pantai timur mahupun negeri-negeri pantai barat. Apabila menyebut tentang pantai timur, ingatan terns kepada Terengganu atau Kelantan dan begitu juga kepada pantai barat, terns mernjuk kepada Selangor dan Perak. Dalam pada itu, Pahang adalah salah sebuah negeri tua yang tidak kurang penting kedudukannya baik dari sejarah mahupun kebudayaan. Dari segi kebudayaan, Pahang sudah tentu lebih dekat kepada wilayah pantai timurnya, yang bukan sahaja meliputi Terengganu dan Kelantan dan negeri-negeri pantai timur Semenanjung yang lain seperti Johor dan Riau tetapi juga tanah seberang lautan China seperti Borneo, Sulawesi, Jawa dan lain-lain. Dengan itu tidak hairanlah kalau di negeri i..... 769 hits |
4 | 2001 conference_item | Ibrahim Omar : peranan dan sumbangan dalam perkembangan novel Melayu Isin Ramli, Dalam konteks perkembangan novel Melayu selama hampir lapan dekad itu, memang tidak dinafikan peranan dan sumbangan yang diberikan oleh pengarang-pengarang novel yang berasal dari negerinegen dalam Malaysia. Ini termasuklah pengarang-pengarang novel yang berasal daripada negeri Pahang Darul Makmur seperti Ahmad Kotot, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ibrahim Omar, Arman Sani dan Rahman Yusoff. Walaupun dari segi kuantitinya ternyata keeil berbanding dengan jumlah keseluruhan pengarang-pengarang novel dalam kesusasteraan Melayu yang berkarya antara tahun-tahun 1920- an hingga 2000 itu. Namun, sumbangan dan peranan yang mereka berikan dalam genre tersebut memang tidak boleh dipandang kecil, Dalam konteks ini suatu hal yang menarik ialah penglibatan mereka itu ada yang bermula sejak genre novel ini muneul dalam kesusasteraan Melayu pada tahun-tahun 1920an - 1930an. Pengarang yang dimaksudkan ialah Ahmad Kotot yang telah menghasilkan novel Hikayat Percintaan Kasih Kemudahan (1927). Kemudian..... 977 hits |
5 | 2001 conference_item | DPMP: wadah perjuangan penulis Pahang Syed Abdullah Syed Ahmad, DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan. Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training C..... 1360 hits |
6 | 2001 conference_item | Pendokumentasian karya-karya Pak Sako dan pemikiran pembangunan bangsa Samat Talib, Wahid Azhar, Suatu hal yang mungkin tidak terfikirkan oleh para pengkaji atau peneliti sastera ialah sumbangan A. Karim Haji Abdullah (1937-2001) dalam menjayakan pelaksanaan komponen sastera dalam bahasa Melayu (Komsas) ialah sumbangannya yang tersendiri dengan menerbitkan semula novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad yang dialihkan tulisannya daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi pada tahun 1973. Novel Putera Gunung Tahan yang terpilih sebagai buku teks sastera Komsas bagi Tingkatan 5 dan digunakan di semua aliran sekolah mulai tahun 2001. Pada mulanya novel ini diterbitkan oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938 dan dicetak kali kedua oleh Geliga Limited Singapura pada tahun 1957 yang kesemuanya dalam tulisan jawi. Pada tahun 1973 atau lebih awal daripada itu, A. Karim Haji Abdullah mengambil daya usaha merumikan novel Putera Gunung Tahan ini yang diterbitkannya sendiri menerusi penerbitannya Pustaka Budaya Agency dan dicetak semula pada tahun 1985. Novel ini sememangnya telah..... 1440 hits |
7 | 2003 conference_item | Untukmu Pertiwi: mengingati Tunku melalui political memoirsnya Mohamed Hussain, Kertas ini barangkal cukup berbeza dan berlainan daripada apa yang menjadi isu dan tajuk utama seminar yang diadakan ini. Namun sebagai suatu usaha murni buat mengingati dan mengabadikan Za’ba dan seluruh pemikiran serta wawasannya, maka barangkali ianya juga boleh dibanding dan dilihat juga dalam suatu senario keseluruhan warisan pemikiran mengenai dan untuk orang Melayu itu. Maka itu, kertas ini beranggapan bahawa walaupun nama dan tokoh seorang yang bemama Za’ba perlu diabadikan sebagai seorang pemikir Melayu yang ulung, namun ianya akan menjad lebih lengkap lagi sekiranya dua hal lam turut diberikan perhatian, Pertama, melihat dan meletakkan Za’ba dalam kontesk senario kesinambungan keseluruhan pemikir dan pemikiran Melayu, misalnya daripada Tun Seri Lanang melalui Sejarah Melayunya, merentas1 Abdullah Munshi, diikuti dengan era Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, sehinggalah kepada A. Rahim Kajai dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), kepada Za’ba, diikuti dengan Rev..... 535 hits |