UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Jaffry Zakaria |
1 | 2016 thesis | Amalan pengurusan risiko terhadap pengurusan kemudahan Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Kompleks Rakan Muda di Malaysia : satu perbandingan Jaffry Zakaria Ancaman keselamatan merupakan antara perkara yang penting dan menjadi indikator terhadap penglibatan masyarakat dan individu dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Melalui beberapa kajian yang dijalankan di negara ini, menjelaskan bahawa setakat dan sehingga hari ini masih lagi belum ada model pengurusan risiko yang khusus yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, sekolah, tenaga pengajar dan pensyarah sukan yang berkaitan dengan pengurusan risiko dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Mereka hanya menggunakan pengalaman yang sedia ada berdasarkan pembacaan dalam melaksanakan pengurusan fisiko. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan risiko kemudahan sukan dan rekreasi yang diuruskan oleh Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri (IBS) dan Kompleks Rakan Muda (KRM) di Malaysia. Pemilihan sampel daripada populasi adalah berjumlah (N=31) dengan perincian IBS (N= 15) dan KRM (N= 16) telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi..... 1070 hits |