UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Juppri Bacotang |
1 | 2019 thesis | Pembangunan dan kebolehgunaan indikator kemahiran literasi awal kanak-kanak Juppri Bacotang
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menentukan kebolehgunaan Indikator
Kemahiran Literasi Awal Kanak-kanak (IKLAK) dalam menilai kemahiran literasi awal yang merangkumi
bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, fonemik dan fonetik, bacaan dan
kefahaman naratif, dan tulisan awal terhadap kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun. Kajian ini
menggunakan kaedah penyelidikan campuran iaitu pendekatan kualitatif bagi pembangunan IKLAK, dan
pendekatan kuantitatif bagi pembangunan dan kebolehgunaan IKLAK. Reka bentuk pembangunan IKLAK
adalah berdasarkan Model ADDIE-IKLAK, manakala reka bentuk kebolehgunaan IKLAK adalah melalui
kajian tinjauan. Kajian ini melibatkan tiga orang ahli pakar, 43 orang pendidik dan 40 orang
kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun bagi reka bentuk pembangunan IKLAK. Manakala, 21 orang
pendidik dan 222 orang kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun dilibatkan bagi reka bentuk
kebolehgunaan IKLAK. Data ku..... 4141 hits |
2 | 2012 thesis | Kesan pelaksanaan aktiviti Modul Literasi Awal (MULA) terhadap kemahiran literasi awal kanak-kanak taska Juppri Bacotang Kajian tentang kemahiran literasi awal dalam kalangan kanak-kanak taska di Malaysia masih terhad dan belum berkembang dengan lebih meluas lagi. Justeru, kajian ini dijalankan terhadap kanak-kanak taska untuk mengenal pasti kesan pelaksanaan aktiviti Modul Literasi Awal (MULA) terhadap kemahiran literasi awal mereka. Kajian ini berbentuk kuantitatif (kuasi-eksperimen) sepenuhnya yang melibatkan seramai 20 orang kanak-kanak berumur empat tahun yang terdiri daripada 10 orang kanak-kanak lelaki dan 10 orang kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan secara sama rata iaitu kumpulan kawalan yang mendapat mendapat pelaksanaan aktiviti MULA dan kumpulan rawatan yang mendapat pembelajaran biasa. Kajian ini menjalankan ujian pra dan ujian pasca untuk mengenal pasti tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak taska. Dapatan kajian menunjukkan; (a) tahap kemahiran literasi awal semua kanak-kanak taska yang sedia ada berada pada tahap Sederhana (skor antara 8 hingga 1..... 42 hits |