UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nur Cahaya Adiwa Azanadi |
1 | 2024 final_year_project | Pembangunan dan kebolehgunaan permainan \"Mabururan\" bagi subtopik Pencernaan dalam mata pelajaran Biologi tingkatan empat Nur Cahaya Adiwa Azanadi Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan “Mabururan” sebagai bahan
bantu mengajar (BBM) untuk subtopik Pencernaan dalam mata pelajaran Biologi
Tingkatan Empat. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan berpandukan model
ADDIE. Dalam kajian ini, data dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu
melalui soal selidik. Dua orang pakar telah dipilih bagi mendapatkan kesahan muka dan
kandungan instrumen kajian serta permainan. Kesahan dianalisis menggunakan nilai
Indeks Kesahan Kandungan (CVI). Nilai CVI yang diperoleh bagi kesahan muka dan
kandungan bagi soal selidik adalah memuaskan dengan nilai 1.00 dan 0.81 yang
menunjukkan item soal selidik boleh diterima. Kajian rintis yang dijalankan melibatkan
20 orang murid memberi nilai kebolehpercayaan, Alfa Cronbach iaitu 0.84,
menunjukkan bahawa item dalam instrumen soal selidik boleh digunakan dalam kajian
sebenar. Persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini melibatkan 45 orang
murid yang mengambil mata..... 67 hits |