UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Parameswary Shanmugam |
1 | 2022 thesis | Perbandingan rantau konsepsi nilai moral antara peribahasa Melayu dengan peribahasa Tamil berdasarkan Teori Hibrid Parameswary Shanmugam Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tiga ciri utama dalam konteks komunikasi
bagi data peribahasa Melayu dan Tamil serta menganalisis operasi metafora peribahasa
berdasarkan fitur elemen dalam Teori Hibrid. Teori ini digunakan untuk meneliti
perbandingan rantau konsepsi nilai moral antara peribahasa Melayu dengan peribahasa
Tamil. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis
kandungan. Sebanyak 12 data peribahasa Melayu dan Tamil pada aras sekolah rendah
daripada tiga kategori nilai moral telah dipilih untuk dianalisis dalam kajian ini. Nilai
moral tersebut terdiri daripada nilai kerajinan, kerjasama dan kesederhanaan. Teori
Hibrid diyakini dapat memberi perspektif baharu kepada kajian berasaskan peribahasa
dengan mengkaji aspek linguistik kognitif dan pragmatik. Tiga pencirian utama dalam
konteks komunikasi iaitu perwatakan, kebijaksanaan dan ketuhanan memiliki ciri
komunikasi yang hampir sama bagi data peribahasa Melayu dengan peribahasa Ta..... 372 hits |