UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Riinah Periasamy |
1 | 2015 thesis | Imej wanita India dalam cerpen N. Mageswari Riinah Periasamy Kajian ini adalah mengenai imej wanita India dalam cerpen N. Mageswari. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti citra wanita yang terdapat dalam cerpen-cerpen karya N. Mageswari. Kajian ini juga menganalisis perjuangan kaum wanita dalam cerpen-cerpen tersebut. Kajian ini turut dijalankan untuk menilai kepengarangan penulis N. Mageswari. Di samping itu, kajian ini memberi kesempatan untuk lebih mengenali imej wanita dan mengiktiraf kedudukan mereka dalam struktur sosial masyarakat India. Pendekatan ini akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita tentang hak mereka dalam masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Kaedah-kaedah ini membantu mengumpul dan menganalisis data dalam kajian ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada pemikiran feminisme. Melalui kajian ini, pengkaji menerangkan imej wanita, perjuangan kaum wanita dan kepengarangan pengarang. Justeru, pengkaji lebih menekankan kebebasan kaum wanita dan kesen..... 863 hits |
2 | 2022 thesis | Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran dan pemudahcaraan Thirukkural berdasarkan teknologi Augmented Reality di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Riinah Periasamy Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran Thirukkural dan
menganalisis keperluan guru dan murid dalam penyediaan modul pembelajaran
Thirukkural, membentuk dan membangunkan modul pembelajaran Thirukkural
berdasarkan teknologi Augmented Reality serta menilai kebolehlaksanaan modul
tersebut dalam kalangan murid Tahun Lima di SJK(T). Kajian ini dilaksanakan dengan
menggunakan model ADDIE yang merangkumi tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan,
fasa reka bentuk modul dan fasa penilaian. Reka bentuk kajian ini ialah kaedah
campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kajian ini dijalankan dalam
kalangan 10 orang guru bahasa Tamil dan 60 orang murid Tahun Lima di SJK(T). Data
temu bual dianalisis secara kualitatif, manakala data soal selidik serta ujian pra dan
pasca dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan IBM SPSS Statistics 26.
Dapatan analisis keperluan menunjukkan bahawa semua guru dan murid menegaskan
bahawa modul pembelajaran Thiru..... 637 hits |