UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Yazid Saleh |
1 | 2010 monograph | Keberkesanan, kepelbagaian dan masa depan taman rekreasi kolam air panas di negeri Perak sebagai destinasi pelancongan kesihatan Che Leh Fauziah, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Ibrahim Mohd Hairy, Penyelidikan ini bertujuan menjelaskan aktiviti pelancongan kesihatan berasaskan unsur semulajadi iaitu dengan menggunakan kolam air panas sebagai kaedah merawat penyakit secara luaran yang mula mendapat tempat dalam kalangan pelancong tempatan. Perbincangan akan dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu: kajian semula pola keseluruhan dan status kolam air panas di lokasi sekaligus menjelaskan kepentingan pelancongan kesihatan di beberapa tempat di Negeri Perak. Bahagian kedua akan membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan cabaran dan peluang bagaimana aktiviti pelancongan kesihatan berasaskan sumber semulajadi dapat dipertingkatkan di lokasi kajian. Bahagian seterusnya akan membincangkan aspek yang perlu dipertimbangkan ke arah pembentukan dasar untuk memajukan lagi sektor pelancongan kesihatan di Malaysia. Pembentukan dasar baharu perlu dilaksanakan segera memandangkan perubahan gaya hidup sudah pun meningkatkan kesedaran setiap individu untuk menjaga kesihatan. Perubahan t..... 4638 hits |
2 | 2008 monograph | Kajian \'survival\' warisan budaya dalam sektor pelancongan di negeri Melaka Saleh Yazid, Melaka, negeri di mana semuanya bermula. Sebagai sebuah negeri yang melalui sejarah yang panjang serta pernah dijajah oleh tiga kuasa besar (Portugis, Belanda dan Inggeris), Melaka mempunyai pelbagai tinggalan budaya samaada berbentuk 'alih' (tangible) dan 'tak alih' (in-tangible). Kedua-dua ini merupakan gabungan dan adunan yang menjadi tarikan utama kepada pelancong. Namun, samaada sedar atau tidak, warisan budaya sedia ada terhakis dan hilang secara perlahanlahan akibat pelbagai faktor termasuk pelancongan itu sendiri. Penyelidikan ini bertujuan melihat 'survival' (keberdayaan) warisan budaya yang ada di Negeri Melaka dalam menghadapi tekanan dan isu termasuklah pelancongan. Selain itu, usaha dan peranan pihak-pihak yang berkaitan dalam memastikan warisan budaya sedia ada terus berkekalan akan turut dibincangkan. Di akhir penulisan beberapa cadangan yang didapati mampu mengatasi masalah yang timbul juga dikemukakan bagi memastikan setiap masalah yang timbul akan dapat ditangani dan ..... 1011 hits |