UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 4 |
Simplified search suggestions : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia |
1 | 2020 bulletin | I@regis info & berita Jabatan Pendaftar Mei 2020 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 633 hits |
2 | 2019 article | Kupasan kajian pelan penggantian Vichetera Rajagani Pelan penggantian merupakan salah satu isu sumber manusia yang penting pada masa kini. Mengikut Rothwell (2010), pelan penggantian sesebuah organisasi melibatkan dua perkara iaitu penyediaan pemimpin masa hadapan dan pembangunan kerjaya individu. Di samping itu pelan penggantian juga didefinisikan sebagai usaha yang berterusan dan sistematik untuk memastikan kesinambungan kepimpinan, perlindungan, pembangunan modal intelektual dan pengetahuan untuk masa depan organisasi serta mendorong pembangunan individu (Hassan & Nasibollah, 2016). Selain itu pelan penggantian juga dilihat sebagai apa-apa usaha yang diambil untuk memastikan prestasi organisasi, bahagian atau jabatan kekal berkesan secara berterusan melalui perlaksanaan pembangunan, penggantian pegawai dan perancangan strategik terhadap jawatan penting dari masa ke semasa (Rothwell, 2005). Menyedari kepentingan pelan penggantian banyak kajian lepas telah dijalankan sebelum ini bagi melihat pelan penggantian menggunakan pelbagai pembo..... 413 hits |
3 | 2020 article | Halangan-halangan pengurusan sekolah rendah dalam mewujudkan sekolah berkesan di Zon Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang): tindakan dan keperluan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan menanganinya Johaari Hassan Sekolah Berkesan kebiasaannya dipimpin oleh Guru Besar yang berkesan. Setiap sekolah mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri dan ianya berbeza sama sekali dengan sekolah lain. Kebolehan dan kemampuan Guru Besar mengatasi halangan-halangan yang wujud dalam sesebuah sekolah ialah pemangkin kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen-elemen halangan pengurusan sekolah rendah di Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Pembolehubah bebas ialah jantina, taraf perkahwinan, bangsa, umur, pendidikan, bilangan tahun bekerja dan kategori sekolah. Pembolehubah bersandar pula ialah tiga belas elemen halangan pengurusan iaitu akademik, belanjawan dan kewangan, fizikal, sumber tenaga manusia,Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), Persatuan Ibubapa dan Guru dan masyarakat, disiplin, perkhidmatan dan perjawatan, kokurikulum, komunikasi, sukan , sistem siaraya dan lain-lain. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji halangan-halangan ..... 485 hits |
4 | 2021 article | Peranan objektif latihan terhadap keberkesanan program latihan di Perpustakaan Akademik Romi Rampun @ Ramlan Penilaian program latihan yang dijalankan oleh organisasi terhadap kakitangan adalah amat penting dalam menentukan sejauh mana sesuatu latihan itu mampu meningkatkan kemahiran pekerja. Penilaian ini juga dapat memastikan hasil pulangan daripada pelaburan organisasi terhadap sistem latihan adalah berkadar langsung. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan objektif penilaian program latihan yang terdiri daripada isi kandungan program latihan, input program latihan dan hasilan program latihan terhadap keberkesanan program latihan. Rekabentuk kajian ini adalah kuantitatif berdasarkan kepada kaedah tinjauan. Sebanyak 288 responden yang terdiri daripada staf perpustakaan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), di Shah Alam dan PTAR yang berada disetiap negeri di Malaysia. Analisis data dilakukan dengan menggunakan teknik analisa multivariate Permodelan Persamaan Struktur (Structural Equation Modeling – SEM) dan nilai kekuatan model adalah kuat iaitu nilai Standardized Root Me..... 368 hits |