UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Doraiseriyan Esther Rani |
1 | 2020 article | Tinjauan keperluan terhadap pembinaan permainan dalam pembelajaran tajuk garam bagi pelajar tingkatan 4 Doraiseriyan, Esther Rani Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan pembinaan suatu permainan papan pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk Garam Kimia Tingkatan 4. Permainan papan ini akan dibina berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Kimia Tingkatan 4. Tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan seramai 38 orang guru kimia yang telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratus menggunakan perisian SPSS.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan permainan papan sebagai bahan bantu pengajaran bagi tajuk Garam Kimia Tingkatan 4. Implikasi kajian ini telah menyediakan maklumat awal tentang aspek-aspek yang perlu difokuskan seperti kebolehan murid, pendekatan pengajaran bersesuaian, bahan pembelajaran releven dan sebagainya dalam proses pembangunan suatu permainan papan pendidikan yang berkesan
.. 1846 hits |
2 | 2022 thesis | Pembinaan dan kebolehgunaan Permainan Papan Prosalt dalam pembelajaran tajuk Asid Bes dan Garam bagi pelajar tingkatan 4 di sekitar Nilai Negeri Sembilan Esther Rani Doraiseriyan Kajian ini bertujuan membina dan menguji kebolehgunaan permainan papan
pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk Asid, Bes dan Garam Kimia
Tingkatan 4. Permainan papan Prosalt telah dibina mengikut Kurikulum Standard
Sekolah Menengah Kimia Tingkatan 4. Kajian ini merupakan satu kajian pembangunan
yang melibatkan metodologi memperoleh kesahan, kebolehpercayaan dan
kebolehgunaan permainan. Permainan papan telah dibangunkan menggunakan lima
fasa yang terdapat dalam model ADDIE. Permainan papan Prosalt yang dibina telah
disahkan oleh lima orang pakar. Dapatan kesahan menunjukkan permainan papan
Prosalt mempunyai kesahan yang baik dengan peratus persetujuannya adalah 83.0%.
Kebolehpercayaan terhadap permainan Prosalt ini telah diukur menerusi kajian rintis
terhadap sekumpulan pelajar Kimia tingkatan 4. Dapatan kajian rintis menunjukkan
kebolehpercayaan permainan papan Prosalt adalah baik dengan nilai Alpha Cronbach
sebanyak 0.96. Manakala, kebolehgunaan permainan papan ..... 1423 hits |