UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 5 |
Simplified search suggestions : Hasrina Baharum |
1 | 2015 thesis | Ilmu landskap Melayu berdasarkan karya Melayu tradisional Hasrina Baharum Kajian tentang ilmu landskap Melayu dengan prinsip prinsipnya yang tersendiri kurang dibahaskan secara khusus dalam kajian mutakhir kerana kekangan dalam mengumpulkan data, khususnya melalui kajian lapangan. Hal ini berpunca daripada arus pembangunan yang menyebabkan kebanyakan tapak kajian landskap Melayu tradisional telah bercampur aduk dengan unsur seni bina landskap moden hingga hilang keasliannya. Oleh itu kajian ini bermatlamat mengetengahkan karya Melayu tradisional sebagai sumber utama untuk mengkaji landskap Melayu berdasarkan kosmologi budayanya sendiri. Hal ini boleh ditelusuri daripada dua sudut. Pertama, melalui kisahlisi kandungan teks yang menceritakan kaedah raja-raja Melayu memilih dan menentukan kesesuaian tempat untuk mendirikan ibu negeri atau istana (ilmu mengenal tapak). Kedua, melalui latar tempat teks yang menggambarkan kehebatan landskap ibu kota/ibu negeri kerajaan Melayu, taman raja-raja Melayu dan istana raja-raja Melayu (ilmu menggubah landskap). Karya Mela..... 1175 hits |
2 | 2009 monograph | Syair ibadat : transliterasi teks dan analisis kepengarangan Baharum Hasrina, Kajian ini memfokuskan aspek transliterasi teks dan kepengarangan pengarang melalui sebuah mannskrip - Syair Ibadat yang menjadi objek kajian ini. Kedatangan Islam di alam Melayu telah membawa sistem tulisan Jawi yang mengambil tempat dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, khususnya dalam penciptaan syair. Dalam konteks masyarakat zaman silam, syair turut digunakan sebagai medium untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, Syair Ibadat, sebuah manuskrip yang diperoleh daripada Perpustakaan Negara ini sangat menarik untuk ditransiterasi dan dikaji aspek kepengarangan pengarangnya dalam menyampaikan mesej dakwah kepada khalayak dengan menggunakan karya kreatif. Transliterasi melibatkan usaha memindahkanan menulis semula teks syair tersebut daripada tulisan Jawi kepada Rumi. Sementara kajian kepengarangn melibatkan dua aspek utama. Pertama, kepengarangan yang merujuk kreativiti pengarang menyusun idea dengan teratur dan sempurna dalam bentuk syair sehingga m..... 1220 hits |
3 | 2016 article | Unsur pemikiran kreatif masyarakat Melayu tradisi melalui teks sastera tulisan dan lisan terpilih Zakaria Norazimah, Mat Naffi, Baharum Hasrina, Sintian Minah, Pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Masyarakat tradisi telah lama mengamalkan pemikiran kreatif dalam menghadapi kelangsungan hidup. Kehidupan masyarakat tradisi dilatari sumber alam yang banyak mengajar mereka bagaimana untuk hidup dan mengamalkan nilai dan norma berdasarkan pengalaman dan sumber alam yang terdapat di sekeliling mereka. Pemikiran kreatif masyarakat Melayu yang disampaikan melalui tradisi lisan dan tulisan wajar diperluaskan untuk generasi kini bagi membentuk sahsiah dan adab di samping menggalakkan mereka berfikir dengan menggunakan pemikiran kreatif dengan melihat konteks masyarakat yang melahirkan sastera tradisi tersebut. Makalah ini mempunyai dua objektif iaitu pertama mengenal pasti unsur pemikiran kreatif yang terdapat dalam pantang larang, peribahasa dan Sejarah Melayu. Objektif kedua ialah menghuraikan peranan unsur pemikiran kreatif terhadap pembentukan sahsiah pelajar. Makalah ini turut melihat tiga kaedah tekni..... 1267 hits |
4 | 2017 article | Kesilapan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar Melayu ketika menstruktur ayat dalam penulisan bahasa Sepanyol Haji Mohd Nor Mariyati, Md. Salleh Norhana, Baharum Hasrina, 1191 hits |
5 | 2019 article | Malay cultural landscape aesthetics in traditional Malay literary texts Hasrina Baharum Traditional Malay literature is a social document that can serve as a source of reference to study Malay civilization in various fields, including landscape architecture. Documentation of various types of landscape design, such as the city of the Malay kingdom, palaces and gardens in traditional Malay literary works is presented by the author through the setting in the work. Each design of the landscape is composed based on specific principles to suit the needs of the community. Accordingly, the aim of this study is to analyse the framework of the Cultural Landscape Aesthetics model with principles of the local Malay wisdom, guided by the composition of Malay city landscapes as portrayed in the traditional Malay literary texts. The design of this study is qualitative where library research methods and text analysis are used. The study is based on selected traditional Malay literary texts. The instrument used is a checklist of text analysis formulated based on the principles of ‘Theor..... 1176 hits |