UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Ilampuranan Kiramany |
1 | 2015 thesis | Analisis masalah sosial dalam cerpen karya A.Nagappan Ilampuranan Kiramany Kajian ini mempunyai tiga tujuan utama iaitu mengkaji latar belakang serta kepengarangan A.Nagappan, mengenal pasti masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia dan mengkaji kerelevenan di antara masalah sosial dengan keadaan kehidupan sebenar masyarakat India di Malaysia dalam cerpen A.Nagappan. Kumpulan cerpen dan antologi cerpen A.Nagappan yang dikaji ialah Ko:nal A:ru, Kampi Me:l Nhadakirarkal:, The:t:al dan Pe:ravaik Kathaikal: yang berjumlah 13 buah cerpen. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta teori Sosiologi Sastera digunakan untuk mengkaji cerpen-cerpen A.Nagappan. Hasil dapatan kajian menunjukkan A.Nagappan merupakan seorang penulis prolifik yang membincangkan isu-isu rakyat. Melalui kajian ini didapati terdapat 14 masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia. Antara masalah sosial yang digambarkan dalam cerpen-cerpen tersebut adalah kemiskinan, keciciran pendidikan, kepimpinan, penghambaan, keruntuhan moral, ke..... 967 hits |
2 | 2022 thesis | Analisis intertekstualiti dalam karya MA.Naveen Ilampuranan Kiramany Kajian ini bertujuan menganalisis kepengarangan cerpen dan puisi yang dihasilkan oleh
Ma.Naveen. Ma.Naveen, seorang penulis yang cenderung melakukan penyelidikan dan
merujuk untuk menghasilkan karya baharu. Maka, analisis intertekstualiti dalam karya
beliau menjadi fokus utama kajian ini. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti
pemaknaan baharu yang terhasil dan menilai kesan terhadap karya baharu akibat proses
intertekstualiti. Pendekatan kualitatif berbentuk analisis deskriptif dan analisis kritikan
sastera digunakan sebagai kaedah kajian. Selain itu, kaedah temubual separa
berstruktur digunakan untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan tujuan kajian.
Teori intertekstualiti dijadikan asas kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa
Ma.Naveen menulis dengan merujuk hipogram. Proses transformasi, ekspansi dan
modifikasi merupakan proses intertekstualiti yang dikenal pasti dalam penulisan beliau.
Dalam proses penulisan ini, Ma.Naveen membuat penukaran, pengembangan,
penyerapan..... 403 hits |