UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 5
Simplified search suggestions : Ishak Abdul Jalil
12003
monograph
Penggunaan pengangkutan jalan raya dan keselamatan pelajar sekolah: kajian di Batang Padang
Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
1926 hits

22004
conference_item
Islam hadhari: persepsi orang Melayu dalam menghadapi tuntutan dan cabaran milenium
Ishak Abdul Jalil,
Kebangkitan pemikiran terhadap Islam hadhari menuntut agar orang Melayu mengadakan muhasabah din terhadap pelbagai cabaran dan harapan menjelang milenium akan datang. Orang Melayu harus melakukan anjakan paradigma bagi menyaingi bangsa lain jika inginkan kehidupan sejahtera, aman dan bahagia di tanah air sendiri. Kertas kerja ini cuba meninjau kesediaan dan keterpanggilan orang Melayu dalam ledakan kebangkitan negara bangsa yang mendasari prinsip Islam hadhari yang digalurkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kajian mengenai peradaban Melayu pada masa lalu yang dijalankan sendiri oleh penulis, serta pelbagai konotasi yang dilemparkan golongan colonial terhadap bangsa yang pernah digambbarkan Windstead sebagai orang yang berbudi bahasa turut dijadikan kayu ukur dalam menjana pemikiran terhadap kemampuan orang Melayu dalam menghadapi cabaran dan tuntutan masa hadapan, khususnya dalam. permasalahan mencakupi institusi keluarga, pendidikan, kejiranan dan .....

671 hits

32006
book_section
Impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands
Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahankemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan me.....

2396 hits

42006
book_section
Kajian kebarangkalian kausal terhadap kecenderungan pelajar memilih Geografi sebagai mata pelajaran elektif tingkatan 4 dalam KBSM : satu tinjauan awal
Ishak Abdul Jalil,
Sumbangan Geografi dalam pembangunan negara mernang tidak dapat dinafikan. Selain menitikberatkan tentang kefahaman empirikal mengenai perkembangan dunia (R.J. Johnson, 1993), geografi turut membicarakan ‘to discover what happens where and to explain why anything which happens just where it does and under what combination o f circumstances it does happen just, where it does’ (Freeman, 1980). Dalam bidang integrasi ilmu pula, peranan geografi sebagai disiplin yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang lain juga tidak dipertikaikan. Ini termasuk dalam disiplin sains seperti geologi, meteorologL geofizik, oceonografi, sains kesihatan dan botani. Akin Mabogunje (1997) menyebut geografi sebagai bidang yang mempunyai perspektif yang amat luas mencakupi kajian mengenai alam semesta sebagai tempat penghuni manusia. Justeru sifatnya yang menekankan interaksi antara manusia dengan PenciptaNya, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam itu sendiri amat dititikberatkan. Akins membahagikan .....

664 hits

52006
book_section
Penggunaan pengangkutan jalan raya dan keselamatan pelajar sekolah : kajian kes di Majlis Daerah Tanjong Malim
Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan majlis daerah di Daerah Batang Padang, iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim. Kajian ini melibatkan 5 buah sekolah menengah, iaitu sebanyak 3 buah di Tanjong Malim dan 2 buah di Sljm River. Jumlah sampel kajian ialah 429 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Kaedah kajian yang dijalankan adalah temu bual, pemerhatian dan catatan, analisis" keadaan basikal dan kaji selidik. Responden berpendapat tahap perkhidmatan bas yang ada pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, kecuali dari segi jumlah perkhidmatan bas serta tempat duduk yang tidak mencukup- bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Melalui kajian ini juga didapati jarang berlaku perkara-perkara seperti .....

899 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.