|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Ismail Abdul Munir Mohamad Salleh Saharizah Jemali Misnan |
| 1 | 2016 Article | Analisis bentuk didikan ibu bapa bagi membentuk sahsiah cemerlang : kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka Ismail Abdul Munir, Mohamad Salleh Saharizah, Jemali Misnan, Kajian ini mengkaji tentang metode didikan ibu bapa terhadap anak-anak bagi membentuk sahsiah cemerlang. Objektif kajian untuk mengetahui kaedah ibu bapa mendidik anak melalui metode autoritarian (terlalu tegas), metode permisif (memberi kebebasan) atau metode autoritatif (memberi kebebasan dan dipersetujui bersama). Lokasi kajian dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka. Borang kaji selidik diedarkan kepada 150 responden dipilih secara rawak mewakili pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima sebagai sampel. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 2.1 bagi mendapatkan frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar menerima metode didikan autoritatif. Dengan mengamalkan gaya ini, ibubapa memberikan kebebasan kepada anak-anak dengan batasan tertentu bagi membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik... 2237 hits |