UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Johan Yazid Ziani |
1 | 2011 Thesis | Fungsi warna dan kemahiran mewarna pada folio pembungkusan dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat: kajian kes di sebuah sekolah menengah Johan Yazid Ziani Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar tentang fungsi warna dan kemahiran mewarna untuk penghasilan folio pembungkusan dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat di salah sebuah sekolah menengah harian di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, khususnya kajian kes intrinsik. Peserta kajian terdiri daripada sembilan orang pelajar Tingkatan Empat pelbagai tahap kebolehan dari tiga buah kelas. Dalam kajian ini, kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen digunakan dalam pengumpulan data. Data daripada pemerhatian dan dokumen dianalisis berasaskan kepada folio pembungkusan pelajar. Data daripada temu bual ditranskrip secara verbatim dan manual. Selepas itu, data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep warna pada folio pembungkusan adalah lemah. Penguasaan pelajar terhadap fungsi warna dan kemahiran mewarna adalah pada tahap sederhana...... 6 hits |