UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 7
12007
Thesis
Penggunaan komputer dalam pendidikan seni visual - kajian di tiga sekolah di negeri Perak
Abdul Manaf Asmuni
Many programmes that involved the usage of computer equipments had been carried out in the schools under Malaysia Ministry of Education since 2000. The construction of computer laboratories, supplement of desktops and laptops had been distributed to all government school. Diverse reaction could be seen in printed media, radio and television concerning this action from government of this action that talked about to the advantages and disadvantages of such act. Visual Art Education had not been left out in receiving computer equipments through Curriculum Development Centre Malaysia Ministry of Education. The supplement of this equipment had been classified only to be used for Visual Art Education only and had to be placed in art room. This research is carried out to see whether computer equipment that had been supplemented is being used as it was predetermined by Curriculum Development Centre. The study is carried out since the acceptance of the computer equipments by the school manageme.....

2288 hits

22017
Thesis
Pembinaan dan pengesahsahihan model kompetensi guru penolong kanan pentadbiran dan akademik sekolah menengah Malaysia
Abd Razak Manaf
1310 hits

32017
Thesis
Identiti tempat pelancongan bagi bandar-bandar kecil lama: kajian kes Teluk Intan dan Batu Gajah
Mohd Nasuhairree Abdull Manaf
Kajian ini bertujuan meneroka identiti tempat pelancongan bagi dua buah bandar kecil lama yang terletak di Teluk Intan dan Batu Gajah, Perak. Di antara lokasi pelancongan Kellie’s Castle dan Menara Condong Teluk Intan dipilih sebagai pusat lokasi pengumpulan data primer dalam kalangan pelancong tempatan. Seramai 250 orang responden di Batu Gajah dan 170 orang di Teluk Intan dipilih sebagai sampel kajian. Responden ditemu bual bertujuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan identiti bagi kedua-dua lokasi pelancongan. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dan temu bual ringkas dianalisis secara deskriptif menggunakan min, jadual silang dan Khi Kuasa Dua untuk memahami identiti tempat pelancongan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa identiti tempat pelancongan di Teluk Intan dan Batu Gajah dikenal pasti sebagai ikon warisan sejarah berbanding dengan ikon pelancongan moden. Walau bagaimanapun, jika strategi perancangan pelancongan tidak konsisten dengan identiti pelanco.....

1198 hits

42018
Thesis
Pengaruh budaya sekolah dan iklim sekolah terhadap keberkesanan sekolah di sekolah menengah kejuruan negeri bekasi Jawa Barat Indonesia
Abdul Manaf
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh budaya dan iklim sekolah terhadap keberkesanan sekolah pada Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) di Bekasi. Reka bentuk kajian dengan menggunakan kaedah tinjauan manakala pengumpulan data menggunakan soal selidik. Soal selidik diubahsuai dari pelbagai sumber yang disesuaikan dengan reka bentuk, sampel dan objektif kajian. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap budaya sekolah (min: 119, SD: 22), iklim sekolah (min: 146, SD: 33) dan keberkesanan sekolah (min: 149, SD: 22) berada pada tahap tinggi. Seterusnya terdapat perbezaan budaya sekolah, iklim sekolah dan keberkesanan sekolah berdasarkan latar belakang guru. Terdapat pengaruh yang signifikan antara iklim sekolah terhadap keberkesanan sekolah (β: .42, P≤.05) dan terdapat juga pengaruh yang signifikan antara budaya sekolah terhadap keberkesanan sekolah (β: .39, P≤.05). Kajian ini menunjukkan bahawa keberkesa.....

2344 hits

52019
Thesis
Penilaian pelaksanaan kurikulum Qiraat peringkat diploma di Malaysia
Abdul Jalal Abdul Manaf
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Qiraat peringkat Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat yang telah dilaksanakan di Malaysia berasaskan Model Penilaian CIPP (Context, Input, Process, Product) yang diperkenalkan oleh Stufflebeam dan Shinkfield (2007). Reka bentuk penyelidikan yang menggabungkan penyelidikan secara kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan empat instrumen kajian yang telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel pakar perujuk. Kajian ini melibatkan seramai 44 orang sampel guru yang mengajar Ilmu Qiraat di institusi pengajian di Malaysia. Sampel pelajar pula adalah seramai 864 orang yang menjawab soal selidik dan 121 sampel daripadanya dipilih secara rawak menjalani Ujian Qiraat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian konteks berada pada tahap yang tinggi (min=4.44) dan penilaian input berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.95) kecuali komponen kandungan kurikulum Qiraat berada pada tahap yang.....

3054 hits

62021
Article
Pengvisualan simbol indentiti perniagaan sumpit komuniti Orang Asli
Muhammad Akbar Shah Abdul Manaf
Komunikasi visual merupakan antara bidang pendidikan yang telah terdedah sejak zaman dahulu lagi. Orang Asli telah terdedah dengan komunikasi visual dalam bentuk simbol dan lukisan melalui nenek moyang mereka dan hal ini berlaku secara informal dalam kalangan Orang Asli. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka proses penghasilan simbol bagi sumpit yang merupakan salah satu perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan oleh komuniti Orang Asli. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menghasilkan simbol bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka melalui pengvisualan identiti menggunakan simbol supaya lebih dikenali masyarakat luar. Kawasan kajian adalah bertempat di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak, Selangor. Beberapa kaedah telah digunakan antaranya kaedah temu bual secara kumpulan berfokus bersama Orang Asli yang dipilih, kaedah literatur dan pemerhatian di lapangan yang didokumentasi menggunakan catatan, gambar, video dan audio. Data-data telah dikumpul dan dianalisis, mengeluarkan t.....

718 hits

72022
Article
Penggunaan kad huruf dalam pembelajaran dan pemudahcaraan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah
Rosyati Manaf
Masalah membaca di kalangan murid prasekolah bukanlah perkara baru bagi guru-guru prasekolah. Pelbagai kaedah dan teknik mengajar telah digunakan untuk mengatasi masalah ini bagi membantu menyelesaikan masalah penguasaan membaca murid. Kertas konsep ini membincangkan tentang penggunaan kad huruf dalam pembelajaran dan pemudahcaraan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah bagi mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran membaca. Bagi melihat perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kad huruf, beberapa kajian lepas telah dijadikan sebagai rujukan. Daripada kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan penguasaan kemahiran membaca murid selepas penggunaan kad berbentuk kad huruf, dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyampaian guru memainkan peranan penting dalam keberkesanan penggunaan kad huruf agar pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik dan murid berminat mengikuti sesi pembelajaran...

369 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.