UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 4 |
Simplified search suggestions : Mohd Zubir Siti Khariah |
1 | 2012 article | Penulisan kreatif dalam menjana minda dan sumber pendapatan belia Mohd Zubir Siti Khariah, Penulisan kreatif ialah apa-apa penulisan yang bertujuan untuk menyatakan pemikiran, perasaan dan emosi berbanding dengan karya memberitahu maklumat. Sesungguhnya, jika seseorang belia itu berminat untuk menulis atau menjadi seseorang penulis, bolehlah mereka menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif. Para belia digalakkan menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif untuk dua tujuan penting, iaitu untuk menjana minda dan juga menjadi sumber pendapatan dari hasil penulisan kreatif. Ramai penulis kreatif di dunia kaya dan hidup senang lenang daripada hasil penulisan mereka. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hassan berteraskan falsafah kesepaduan pemikiran... 846 hits |
2 | 2007 monograph | Perjuangan perempuan dalam karya pengarang perempuan Malaysia dan Indonesia di awal abad ke-21: satu kajian bandingan Mohd Zubir Siti Khariah, Kajian "Perjuangan Perempuan Dalam Karya Pengarang Perempuan Malaysia dan Indonesia Di Awal Abad Ke-21: Sebuah Kajian Bandingan" merupakan kajian terhadap tiga persoalan penting. Pertama, persoalan perjuangan perempuan dalam bidang sosial sama ada di Malaysia ataupun di Indonesia. Kedua, persoalan perjuangan perempuan dalam bidang politik. Persoalan ini hanya digarap oleh penulis-penulis novel Malaysia sahaja dan tidak dapat untuk dibuat perbandingan kerana penulis-penulis novel Indonesia yang dikaji tidak membincangkan persoalan ini.. Ketiga, persoalan perjuangan perempuan dalam bidang ekonomi khususnya perniagaan juga tidak dapat untuk dibuat perbandingan kerana novel-novel yang dikaji tiada langsung menyentuh perkara ini. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan empat teori, iaitu teori feminisme, teori psikologi, teori sosiologi dan teori Islam (kebebasan perempuan). Objektif kajian ini dibahagikan kepada empat, iaitu mengenalpasti dan menganalisis watak-watak perempuan yang terd..... 1657 hits |
3 | 2007 monograph | Ke arah meningkatkan kecemerlangan kepimpinan wanita profesional: satu penyelidikan Mohd Zubir Siti Khariah, Kajian "Ke Arah Meningkatkan Kecemerlangan Kepimpinan Wanita Profesional" merupakan kajian terbadap lima persoalan penting. Pertama, pengertian wanita profesional sama ada tersurat atau tersirat dan profil peribadinya. Kedua, persoalan peranan wanita profesional dalam politik. Ketiga, persoalan peranan wanita dalam bidang ekonomi. Keempat, peranan wanita dalam sosiobudaya. Kelima, persoalan usaba untuk meningkatkan kecemerlangan kepimpinan wanita profesional. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan tiga teori, iaitu sosiologi, psikologi dan teori Islam kebebasan wanita. Objektif kajian ini dibahagikan kepada lima, iaitu mengenal pasti ciri-ciri wanita profesional, melihat jenis-jenis profesion mengikut kelulusan, menganalisis profail wanita profesional, mengenal pasti peranan wanita profesional dalam bidang politik, ekonomi dan sosiobudaya dan usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dalam mengembeling arus pembangunan dan yang akhir menerapkan nilai-nilai keislaman dalam m..... 1470 hits |
4 | 2014 article | Pertelingkahan antara kawan-kawan dalam novel terpilih Fatimah Busu Mohd. Zubir Siti Khariah, Ismail Nor Hasimah, Pertelingkahan adalah perkara yang dilarang oleh agama kerana menyebabkan berlakunya permusuhan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Pihak-pihak ini akan berbalah sesama mereka. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sejauh mana pertelingkahan antara kawan terdapat dalam novel karya Fatimah Busu. Kajian ini akan menggunakan Pendekatan Psikologi Islam Al-Ghazali untuk menganalisis. Objektif kajian ini ialah menghuraikan isu-isu dan menganalisis pertelingkahan dengan kawankawan dalam novel Fatimah Busu. Kajian ini dijalankan untuk menjadi contoh dan teladan kepada pembaca dalam memilih kawan. Kebiasaannya, kawan adalah tempat untuk berkongsi pengalaman, pandangan, minat, masalah dan harapan. Pemilihan kawan yang tepat adalah perlu kerana kawan dapat mempengaruhi nilai, emosi dan cara pergaulan... 1328 hits |