UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Muhammad Safar Abdurahman |
1 | 2013 Thesis | Kajian kes pengaruh aktiviti bermain terhadap pengetahuan konsep awal Matematik kanak kanak Muhammad Safar Abdurahman Kajian ini bertujuan untuk menilai pengaruh aktiviti bermain menggunakan bahan manipulatif terhadap pengetahuan konsep awal Matematik kanak-kanak dalam aspek pengalaman pra-nombor, konsep nombor dan operasi nombor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk kajian kes yang melibatkan empat orang sampel iaitu dua orang kanak-kanak lelaki dan dua orang kanak-kanak perempuan yang berumur lima tahun. Pemilihan sampel adalah secara teknik bertujuan. Data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, penilaian formatif dan penilaian sumatif. Bagi kaedah pemerhatian, pengkaji menggunakan senarai semak Perkembangan Konsep Awal Matematik Kanak-Kanak: Pengalaman Pra-nombor, Konsep Nombor dan Operasi Nombor yang diubah suai daripada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010. Penilaian formatif dijalankan melalui lembaran kerja yang mengandungi konsep padanan, perbandingan, seriasi, pengetahuan tentang nombor 1 hingga 10, dan operasi tambah. Manakala bagi penilaian sumatif pula, pengkaji tel..... 30 hits |