UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Nelfianty binti Mohd Rasyid
12019
article
Pembentukan Instrumen Motif Penglibatan remaja dalam sukan
Nelfianty binti Mohd Rasyid
Kajian ini bertujuan membentuk instrumen untuk mengenal pasti motif penglibatan remaja dalam bidang sukan. Instrumen Motif Penglibatan Sukan (MPS) dibina melalui dua fasa penyelidikan iaitu fasa penggubalan item dan ujian psikometrik instrumen. Pengubalan item soal selidik dilakukan mengikut proses Nominal Group Technique terhadap remaja yang aktif dalam sukan. Sebanyak 75 item telah terhasil daripada fasa penggubalan item soal selidik. Analisis faktor dan nilai pekali Alpha Cronbach digunakan untuk menguji bilangan faktor dan kebolehpercayaan dalaman data. Soal selidik MPS telah ditadbir ke atas 582 orang remaja yang aktif bersukan bagi mendapatkan analisis faktor dan kebolehpercayaan instrumen. Hasil proses analisis komponen prinsipal soal selidik MPS mempunyai 58 item merangkumi sembilan faktor iaitu Menaikkan Nama Negara, Kesihatan dan Kecergasan, Peningkatan Kemahiran, Inginkan Cabaran, Inginkan Kejayaan, Kebanggaan Keluarga, Kebanggaan Diri, Kestabilan Emosi dan Jaminan Masa Depa.....

13078 hits

22019
article
Kesan “Progressive Muscle Relaxation” (PMR) ke atas tekanan emosi dalam kalangan pemain bola jaring 10 dan 11 tahun
Nelfianty Mohd Rasyid
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan latihan kemahiran psikologi Progressive Muscle Relaxation (PMR) ke atas tekanan emosi dalam kalangan pemain bola jaring berumur 10 dan 11 tahun. Sampel kajian adalah terdiri daripada 10 orang pemain yang berumur 10 tahun dan 10 orang berumur 11 tahun (N = 20). Data kajian ini diperoleh melalui skor borang soal selidik Depression Anxiety Stress Scale-21 (DASS-21) untuk mengukur tahap tekanan emosi. Analisis nilai min dan peratusan digunakan untuk melihat tahap tekanan emosi manakala ujian Mixed Anova digunakan untuk mengkaji kesan latihan PMR terhadap kumpulan rawatan iaitu pemain bola jaring yang menyertai Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO). Subjek dibahagikan kepada kumpulan kawalan yang menjalani sesi menyejukkan badan seperti biasa manakala kumpulan rawatan menjalani PMR. Hasil kajian menunjukkan perbezaan kesan yang signifikan antara skor kumpulan kawalan dan rawatan, F(1, 18) = 50.22, p = .00, ηp 2 = 0.74) di mana kumpulan rawatan .....

922 hits

Filter
article ... (2)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Nelfianty +binti +Mohd +Rasyid




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.