UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Noorlida Daud |
1 | 2019 article | Kerangka konseptual reka bentuk emoji untuk poster kesedaran dalam bentuk media bercetak Noorlida Daud Reka bentuk flat dan skeuomorphism merupakan pendekatan yang seringkali digunakan dalam pelbagai bentuk medium komunikasi. Kedua pendekatan ini juga menjadi asas kepada reka bentuk emoji yang dikatakan berjaya menjana emosi dalam komunikasi teks. Namun, komunikasi teks yang dimaksudkan hanya merangkumi komunikasi secara digital atau dalam talian sahaja. Komunikasi lain yang juga berorientasikan teks, seperti poster kesedaran juga seharusnya boleh menggunakan emoji bagi menjana emosi positif pengguna. Namun, timbul persoalan mengenai pendekatan reka bentuk yang bagaimana dapat memberi kesan emosi positif yang seterusnya mampu mencetus empati dalam kalangan pengguna? Oleh itu, bagi menjawab persoalan ini, suatu kerangka konseptual awal dibina dengan bersandarkan tinjauan literatur yang dilakukan dalam penulisan ini. Kerangka konseptual ini boleh dijadikan panduan dalam membina persoalan-persoalan kajian lanjutan terhadap isu ini... 871 hits |
2 | 2021 thesis | Kesan penggunaan emoji senyum reka bentuk flat dan skeuomorphism dalam poster kesedaran terhadap emosi pelajar Noorlida Daud Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan emoji senyum reka bentuk flat dan
skeumorphism dalam poster kesedaran terhadap emosi, empati serta pengaruh emosi
akibat dari reka bentuk emoji yang berbeza terhadap empati pengguna. Enam poster
kesedaran keselamatan dengan enam reka bentuk emoji senyum yang berbeza iaitu
emoji garis, emoji garis berwarna, emoji vektor, emoji garis dan bayang, emoji tiga
dimensi (3D) dan emoji realistik telah dibangunkan, diuji dan dibandingkan. Reka
bentuk eksperimen kuasi telah digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian
yang dibina. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan analisis statistik
one-way ANOVA, ujian post hoc dan analisis regresi berdasarkan model Baron dan
Kenny. Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar kejuruteraan tahun satu di
Universiti Teknologi MARA (UiTM). Manakala, sampel kajian pula terdiri daripada
700 orang pelajar dari dua buah kampus cawangan UiTM yang dipilih secara
persampelan berperingka..... 981 hits |