UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nurasmira Aleesha Ahmad |
1 | 2023 article | persepsi Ibu Bapa terhadap prestasi pembelajaran murid prasekolah melalui pembelajaran secara atas talian sewaktu pandemik Covid-19 Nurasmira Aleesha Ahmad Pandemik Covid-19 yang melanda dunia melumpuhkan sistem pendidikan dan tidak terkecuali bagi sistem pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Guru sentiasa memikirkan kaedah yang terbaik untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran adalah berterusan bagi memastikan murid prasekolah tidak jauh ketinggalan seperti Google Meet. Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa terhadap pencapaian murid sepanjang PdPR. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Seramai 67 orang ibu bapa murid di sebuah tadika di Likas terdiri daripada 33 orang bagi ibu bapa murid lima tahun dan 34 orang bagi ibu bapa murid enam tahun yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan persepsi ibu bapa terhadap pencapaian murid sepanjang PdPR bagi murid enam tahun (m=30.22, sp=7.935) adalah lebih tinggi berbanding murid lima tahun (m=29.57, sp=6.502). Dapatan juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang tidak signifikan antara murid lima tahun dan murid ena..... 58 hits |