UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Othman Arbak Mohd Nor Ahmad Khair |
1 | 2016 article | Beberapa kaedah untuk pengajaran ayat sebagai satuan dalam wacana Othman Arbak, Mohd Nor Ahmad Khair, Analisis terhadap ayat dari sudut nahuan meletakkan ayat sebagai satuan yang terbesar dalam bahasa. Ayat dianalisis berdasarkan struktur sintaksis tanpa mempertimbangkan konteks ayat itu dihasilkan atau diujarkan. Sebaliknya, dalam nahu wacana, ayat yang dihasilkan dalam ujaran berperanan untuk mengungkapkan fikiran melalui bahasa yang digunakan sebagai alat komunikasi. Dalam nahu wacana, ayat yang diujarkan dianggap sebagai satuan yang membentuk hubungan ayat dalam konteks ujaran dan tekstual, dan ciri-ciri sintaksis yang diperlihatkan dalam ayat diterangkan berhubung dengan syarat yang mengendalikan penyebaran ayat dalam wacana. Oleh sebab itu, nahu wacana biasanya menganalisis bentuk nahuan dan penyebaran ayat dalam wacana, dari segi kombinasi susunan maklumat dan susunan ayat yang logik yang didapati dalam teks ujaran (Sato 1997:2). Makalah ini akan menjelaskan beberapa konsep tentang nahu wacana yang dapat digunakan untuk tujuan pengajaran ayat bahasa Melayu... 917 hits |