UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 35 |
Simplified search suggestions : Pusat Kebudayaan UPSI |
1 | 2019 bulletin | Buletin Rentak Bitara Bil 4 2/2019 Pusat Kebudayaan UPSI 322 hits |
2 | 2019 bulletin | Buletin Rentak Bitara Bil 5 3/2019 Pusat Kebudayaan UPSI 371 hits |
3 | 2020 bulletin | Buletin Rentak Bitara Bil 8 3/2020 Pusat Kebudayaan UPSI 205 hits |
4 | 2015 thesis | Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi Yunus Sauman Sabin Penyelidikan ini dilakukan untuk mencari jawapan mengenai kewujudan keranda kayu balak di Sabah khususnya di Kinabatangan dan Segama. Aspek yang diambilkira ialah taburan keranda, pentarikhan dan kronologi, adat dan pantang larang sepanjang proses pembuatan dan pengebumian, persoalan fungsi dan jenis-jenis polahias serta makna perlambangan terhadap semua bentuk polahias keranda. Data-data tersebut kemudiannya digunakan untuk menjawab persoalan sejauhmana tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah merupakan cerminan kepada falsafah dan pemikiran Orang Sungai di Kinabatangan dan Subpan di Segama. Pengkaji telah meneliti kesemua keranda kayu balak di kedua-dua kawasan yang berjumlah lebih dari 1000 buah keranda dari 9 buah tapak pengebumian melalui survei lapangan yang komprehensif selama 2 tahun. Sepanjang survei, pengkaji telah merakam dan melukis kesemua bentuk dan motif polahias keranda yang boleh dikategorikan kepada 5 jenis iaitu antropomorfik, zoomorfik, flora, geometrik dan s..... 5103 hits |
5 | 2010 monograph | Kajian dan dokumentasi tapak-tapak arkeologi dan tapak tanah bersejarah di Perak Sauman@Sabin Yunus, Wan Mat Ali Wan Noorlizawati, Berdasarkan kepada kajian-kajian arkeologi terutamanya terhadap Zaman Prasejarah di Malaysia khususnya di Semenanjung Malaysia, lebih daripada 20 buah tapak telah dibuat kajian di Perak sama ada secara tinjauan dan eksplorasi sahaja mahupun kajian ekskavasi. Contolinya di Sungai Siput, kajian telah dilakukan oleh Evans dan Callenfels pada tahun 1935 dan kemudiannya kajian oleh Jabatan Muzium yang diketuai oleh Zulkifli Jaafar pada tahun 1986. Selepas itu, hanya satu survei yang dilakukan oleh Unit Prasejarah, Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium dan Antikuiti pada bulan Februari dan Mei 2002 yang diketuai oleh Yunus Sauman. Dengan itu kita boleh membuat kesimpulan baliawa kajian ke atas tapak arkeologi di Perak sebenarnya adalah banyak dan tidak keterlaluan juga jika sekiranya kami nyatakan bahawa ia adalah yang terbanyak di Semenanjung Malaysia setakat ini. Walau bagaimanapun, agak sukar untuk kita melihat kesinambungan perjalanan sejarah Perak berdasarkan kepada kajian arkeologi apabil..... 1242 hits |
6 | 2008 monograph | Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) UPSI Mahadir Naidu Noor Banu, Pendidikan Moral diperkenalkan di sekolah pada tahun 1989 bertujuan untuk mendidik pelajar supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran, emosi dan tingkah laku moral. Namun dari segi perlaksanaan subjek ini dikatakan agak kurang berkesan dan tidak mencapai objektif yang digariskan. Masalah kekurangan guru Pendidikan Moral terlatih, kekaburan konsep dan kandungan moral dan kelemahan penilaian subjek ini antara faktor penyumbang. Justeru Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan bahawa subjek ini seharusnya diajar oleh guru siswazah terlatih dalam bidang Penididikan Moral. UPSI mengambil langkah memperkenalkan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian. Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini telah diluluskan oleh Senat Universiti pada 27 Julai 2004, Lembaga Pengarah Universiti..... 2525 hits |
7 | 2008 monograph | Analisis kontrastif kata ganti nama diri dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu Tan Tiam Lai, Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk meninjau persamaan dan perbezaan kata ganti nama diri antara bahasa Cina dan bahasa Melayu dalam penggunaan kata ganti nama diri di kalangan pelajar-pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Cina. Penyelidikan ini juga bertujuan meramalkan kesukaran pembelajaran kata ganti nama diri dalam bahasa Cina supaya para pelajar dapat memberi perhatian semasa mempelajari penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa Cina. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis kontrastif yang dipelopori oleh Robert Lado (1957). Penyelidik akan menjalankan kajian analisis kontrastif terhadap kata ganti nama diri bahasa Melayu dan bahasa Cina dengan membandingkan penggunaan kata ganti nama diri dalam kedua-dua bahasa. Penyelidikan analisis kontrastif ini melibatkan empat langkah untuk menganalisa data iaitu huraian,pemilihan, membuat perbandingan dan seterusnya meramalkan masalah. Hasil penyelidikan ini menunjukkan banyak persamaan dan perbezaan dalam..... 693 hits |
8 | 2010 monograph | Kajian penyesuaian program pengajian UPSI dengan bidang pekerjaan (graduan 1999-2009) Kasa Zakaria, Ibrahim Mohamad, Kahar Mohd Ramli Buyong, Dawi Amir Hasan, Hashim Ahmad, Che Omar Che Mohd Zulkifli, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Oth Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesesuaian program pengajian yang ditawarkan oleh UPSI dengan bidang pekerjaan. Lapan aspek yang dilihat ialah kesediaan graduan UPSI meneruskan pengajian diperingkat lebih tinggi, kesesuaian program UPSI dengan keperluan bidang keguruan, pandangan graduan terhadap pelaksanaan kokurikulum, kesesuaian kokurikulum dengan keperluan sekolah, kesediaan graduan bekerja sebagai guru atau bukan guru di luar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kesesuaian program pengajian UPSI dengan keperluan semasa bidang keguruan mengikut pandangan majikan guru, kesesuaian prasarana dan kemudahan untuk program pengajian mengikut pandangan pensyarah dan kesesuaian graduan bekerja diluar bidang keguruan mengikut pandangan majikan bukan guru. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data daripada graduan yang bergraduat dari tahun 1999 hingga 2009 (populasi 14,942, sampel 1500 dan 80% memberi maklumbalas), majikan ..... 18044 hits |
9 | 2007 monograph | Ke arah meningkatkan kecemerlangan kepimpinan wanita profesional: satu penyelidikan Mohd Zubir Siti Khariah, Kajian "Ke Arah Meningkatkan Kecemerlangan Kepimpinan Wanita Profesional" merupakan kajian terbadap lima persoalan penting. Pertama, pengertian wanita profesional sama ada tersurat atau tersirat dan profil peribadinya. Kedua, persoalan peranan wanita profesional dalam politik. Ketiga, persoalan peranan wanita dalam bidang ekonomi. Keempat, peranan wanita dalam sosiobudaya. Kelima, persoalan usaba untuk meningkatkan kecemerlangan kepimpinan wanita profesional. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan tiga teori, iaitu sosiologi, psikologi dan teori Islam kebebasan wanita. Objektif kajian ini dibahagikan kepada lima, iaitu mengenal pasti ciri-ciri wanita profesional, melihat jenis-jenis profesion mengikut kelulusan, menganalisis profail wanita profesional, mengenal pasti peranan wanita profesional dalam bidang politik, ekonomi dan sosiobudaya dan usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dalam mengembeling arus pembangunan dan yang akhir menerapkan nilai-nilai keislaman dalam m..... 1396 hits |
10 | 2004 monograph | Pelestarian tulisan Jawi-Manifestasi seni khat Islami di masjid-masjid negeri Perak Ahmad@Lubis Mohamad Bohari, Mohd Radzi Idris, Al Muhsin Muhammad Anas, Projek ini memaparkan sejarah permulaan tulisan jawi di Alam Melayu dan bagaimana khat Islami itu tumbuh dan berkembang di Alam Melayu amnya dan di Malaysia khasnya. Kesan perkembangan seni khat Islami ini terdapat juga di negeri Perak khasnya di pelbagai masjid. Sebagai hasil penyelidikan kami, dapatlah kami buktikan jenis khat yang paling digemari untuk perhiasan tulisan di masjid-masjid, iaitu khat thuluth dan nasakh. Kami juga dapat memastikan petikan ayat AI-Qur'an yang paling banyak dikemukakan sebagai perhiasan. Begitu juga petikan Hadith. Perhiasan tulisan ini tertera sama ada di dinding-dinding masjid atau di mimbar atau diletak dalam bingkai dan digantung di dinding. Dari segi bahasa, kami juga dapat menilai ketepatan terjemahan yang diberikan, gramatis ataupun tidak, dan penggunaan ejaan jawi yang betul ataupun salah. Dapat juga kami telusuri siapa penulis khat berkenaan, antaranya bekas pelajar SITC-MPSI, dan tidak: ketinggalan tulisan khattat terkenal di negeri Kedah, Pak ..... 3805 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 4 | [ Next ] [ Last ] |