UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Saleh Yazid Rostam Katiman Hussain Mohd Yusof |
1 | 2011 article | Model hierarki kefungsian dan pusat pertumbuhan sebagai asas bagi merancang kawasan luar bandar di Malaysia Bukti dari Daerah Batang Padang Saleh Yazid, Rostam Katiman, Hussain Mohd Yusof, Proses globalisasi ekonomi telah menyebabkan berlakunya perubahan terhadap ruang wilayah hampir semua negara di dunia. Bandar raya metropolitan menjadi fokus pelaburan dan jentera bagi memesatkan pertumbuhan ekonomi negara. Malaysia tidak terkecuali. Bagaimana pun, sejauh mana petempatan luar bandar di Malaysia turut terheret ke dalam proses perubahan tersebut adalah suatu isu yang menarik untuk dibincangkan. Makalah ini bertujuan untuk memeriksa kesesuaian untuk menerapkan konsep hierarki kefungsian petempatan pusat dan strategi pusat pertumbuhan bagi merancang pembangunan daerah Batang Padang. Menggunakan data yang diperolehi melalui pemerhatian yang intensif di lapangan, analisis petempatan pusat telah dilakukan. Hasil analisis menunjukkan bahawa dari segi penduduk, pada masa ini pola hierarki petempatan di daerah ini cenderung untuk tidak seimbang. Namun apabila analisis kefungsian diterapkan ke atas petempatan di daerah tersebut, hasilnya cenderung untuk menunjukkan pola yang berb..... 1901 hits |
2 | 2012 article | Perubahan fungsi bandar kecil : pengalaman Tanjong Malim, Perak Saleh Yazid, Rostam Katiman, Hussain Mohd Yusof, Bandar-bandar kecil di sesetengah negara sedang membangun masa ini tidak lagi menawarkan fungsi asasnya terutamanya yang berkaitan dengan pertanian. Ini kerana perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan telah menggantikan sektor pertanian sebagai penyumbang utama ekonomi negara berkenaan. Perubahan penawaran seperti ini dapat diperhatikan dengan ketara di Tanjong Malim. Tanjong Malim adalah sebuah bandar kecil yang terletak diluar pengaruh Wilayah Metropolitan Lembah Klang-Langat dan Metropolitan Ipoh disebelah utaranya. Perkembangan semasa mendapati fungsi Tanjong Malim semakin berubah. Masalah ini bertujuan membincangkan tentang perubahan Tanjong Malim sebagai sebuah pusat penempatan utama di wilayah Selatan Perak. Menggunakan data sekunder dan primer yang diperolehi melalui cerapan dilapangan, makalah ini menganalisis perubahan fungsi Tanjong Malim. Terdapat tujuh penemuan penting yang membuktikan tentang perubahan fungsi bandar Tanjong Malim. Antaranya penawaran fungsi berk..... 1555 hits |