UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Suffian Jalet |
1 | 2022 thesis | Hubungan amalan kepimpinan distributif pengetua dan organisasi pembelajaran terhadap prestasi kerja guru di Sarawak Suffian Jalet Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan, hubungan dan sumbangan
kepimpinan distributif (KD) dan organisasi pembelajaran (OP) terhadap prestasi kerja
guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaaan di negeri Sarawak. Kajian ini merupakan
kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Pengumpulan data diperoleh dari borang soal
selidik dengan instrumen diadaptasi dari Distributed Leadership Readiness Scale
(DLRS) oleh Elmore untuk kajian kepimpinan distributif dan soal selidik Dimension of
Learning Organizations Questionnaire (DLOQ) untuk kajian amalan organisasi
pembelajaran dari Marsick & Watkins. Soal selidik daripada kajian Chee Kim Mang
serta Supian dan Khadijah digunakan untuk kajian prestasi kerja. Seramai 400 orang
guru telah dijadikan sampel kajian. Pemilihan sampel menggunakan Jadual Penentuan
Saiz Sampel yang dikemukakan Krejcie & Morgan. Sampel dipilih secara rawak
berstrata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the
Social Science..... 892 hits |
2 | 2021 article | Pembinaan kerangka konseptual kajian mengenai hubungan amalan kepimpinan distributif dan organisasi pembelajaran terhadap prestasi kerja guru Suffian Jalet Gaya kepimpinan pengetua atau guru besar mampu mempengaruhi kejayaan sekolah sebagai organisasi pembelajaran dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru di sekolah. Sikap cakna pemimpin sekolah terhadap pembangunan kapasiti dan potensi kepimpinan guru yang mampu membuat kolaborasi dalam menyelesaikan permasalahan sekolah perlu diberikan perhatian. Kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi mengisi harapan masyarakat dan cabaran masa hadapan negara. Tugas pengetua di sekolah tidak terhad kepada kerja-kerja pentadbiran semata-mata, akan tetapi beliau juga perlu untuk menjadi penggerak kepada segala sumber yang berada di bawah seliaannya. Kepimpinan tradisional yang sebelum ini bercorak hierarki birokrasi perlu digantikan dengan gaya kepimpinan distributif yang memberi penekanan kepada pasukan, kumpulan dan ciri-ciri organisasi. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kerangka teori kajian berkaitan hubungan amalan kepimpinan distributif dan organisasi pembelajaran dala..... 542 hits |