UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 10
Simplified search suggestions : Thambu Nadarajan
12019
article
Potensi unsur-unsur teater forum dalam pembentukkan insan menyeluruh: Dapatan kajian kualitatif kelas
Nadarajan Thambu
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran media dramatik seperti Teater Forum boleh dikelaskan sebagai bahan media konkrit dan sifatnya menyerupai keadaan sebenar. Media dramatik ini boleh menukar pengalaman abstrak dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pengalaman konkrit untuk melahirkan manusia yang holistik dari aspek pemikiran, perasaan dan tindakan. Artikel ini membincangkan potensi Teater Forum dalam membentuk manusia holistik seperti yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebanyak 12 peserta terlibat dalam kajian kualitatif ini. Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual kumpulan berfokus dan entri catatan jurnal. Data yang dikumpul daripada pelbagai kaedah dianalisis dengan menggunakan teknik analisis tema. Hasil kajian membuktikan bahawa elemen-elemen Teater Forum seperti dialog, latihan, aksi lakonan, tindakan membuat keputusan dan prinsip-prinsip dalaman dan luaran boleh menjadi teknik pengajaran yang berkesan untuk merangsang aspek pemikiran mor.....

2284 hits

22016
article
Unsur ‘niat moral’ dalam teater forum : satu kajian tindakan di kelas Pendidikan Moral
Thambu Nadarajan, Shanmugavelu Ganesan,
Unsur niat moral (moral intent) dan hubungannya dengan tindakan bermoral (moral action), sering menjadi bahan kajian dalam kalangan ahli psikologi moral. Seseorang individu yang ingin bertindak secara bermoral, perlu: (i) mengenal pasti isu moral yang wujud dalam sesuatu situasi atau konflik yang dihadapi, (ii) memiliki kebolehan untuk mengambil tindakan yang betul dan paling baik dalam menangani konflik yang dihadapi, dan akhirnya (iii) berkeinginan serta berkebolehan untuk bertindak secara bermoral atas keputusan yang diambil, dalam menangani konflik yang dihadapi. Unsur yang dikatakan mendasari aspek kesedaran moral, keputusan moral dan tindakan moral ialah unsur niat moral. Justeru, artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi Teater Forum sebagai pedagogi pengajaran dalam mencungkil unsur niat moral (moral intent) dalam kalangan murid-murid sekolah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat telah digu.....

1182 hits

32017
article
Storytelling and story reading: a catalyst for inculcate moral values and ethics among preschoolers
Thambu Nadarajan,
725 hits

42017
article
Exploring moral thinking using videos in flipped classroom
Raman Kutty Shasitharan, Thambu Nadarajan,
1055 hits

52019
article
Kesedaran sensitiviti moral melalui aktiviti analisis filem pendek: satu kajian tindakan di kelas Pendidikan Moral
Nadarajan Thambu
Sensitiviti moral merupakan unsur yang menjadi tunjang kepada sesuatu perlakuan moral. Sensitiviti moral melibatkan proses mentafsir perasaan orang lain, kemahiran empati dan patuh kepada prinsip moral. Justeru artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi aktiviti menonton dan analisis filem pendek sebagai kaedah pengajaran dalam mencungkil unsur sensitiviti moral dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penulisan jurnal murid. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti menonton dan analisis filem pendek dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral mampu mencungkil sensitiviti moral dalam kalangan murid tingkatan empat. Mempunyai s.....

4257 hits

62019
article
Penerapan nilai alam sekitar melalui teknik drama di dalam kelas pendidikan moral: satu kajian tindakan
Nadarajan Thambu
Nilai berkaitan dengan alam sekitar merupakan salah satu bidang pembelajaran dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Pendidikan dan pengetahuan berkaitan alam sekitardiberi perhatian dalam mata pelajaran Pendidikan Moral untuk melahirkan murid yang peka, sensitif, berfikiran positif dan yang mampu melestarikan alam. Kajian ini membincangkan penggunaan teknik drama sebagai pedagogi dalam menerapkan nilai berkaitan alam sekitar di dalam sebuah kelas Pendidikan Moral. Dapatan kajian menunjukkan, drama yang berfungsi sebagai teknik pembelajaran aktif mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pemahaman nilai berkaitan alam sekitar. Elemen-elemen drama seperti, penulisan skrip, latihan dan hafalan dialog mempunyai kelebihan dan kesesuaian yang tersendiri dalam mengembangkan amalan nilai berkaitan alam sekitar dalam kalangan murid sekolah menengah...

1634 hits

72019
article
Kesedaran sensitiviti moral melalaui aktiviti analisis filem pendek: satu kajian tindakan di kelas Pendidikan Moral
Nadarajan Thambu
Sensitiviti moral merupakan unsur yang menjadi tunjang kepada sesuatu perlakuan moral. Sensitiviti moral melibatkan proses mentafsir perasaan orang lain, kemahiran empati dan patuh kepada prinsip moral. Justeru artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi aktiviti menonton dan analisis filem pendek sebagai kaedah pengajaran dalam mencungkil unsur sensitiviti moral dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penulisan jurnal murid. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti menonton dan analisis filem pendek dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral mampu mencungkil sensitiviti moral dalam kalangan murid tingkatan empat. Mempunyai s.....

1311 hits

82020
article
Pengalaman mendengar dan membaca buku cerita moral sebagai pemangkin kecerdasan visual-ruang kanak-kanak prasekolah
Nadarajan Thambu
Kecerdasan visual-ruang menjadi asas untuk perkembangn dimensi kognitif, emosi dan tingkah laku kanakkanak. Kecerdasan visual-ruang yang sering diinterpretasikan melalui lukisan kanak-kanak ini boleh ditingkatkan dengan memberikan pengalaman pembelajaran yang efisien di bilik darjah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka pengalaman mendengar dan membaca buku cerita berunsurkan moral sebagai pemangkin kecerdasan visual-ruang kanak-kanak prasekolah. Kajian kualitatif ini dijalankan di sebuah sekolah tadika, di daerah Petaling Jaya, Selangor. Instrumen yang digunakan ialah dokumen (lukisan kanak-kanak), protokol pemerhatian, dan protokol temu bual. Seramai tujuh orang kanak-kanak prasekolah yang berumur lima hingga enam tahun dipilih sebagai peserta kajian secara persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan mendengar dan membaca buku cerita berunsurkan moral menjadi satu nilai tambah dalam menyokong kecerdasan visual-ruang kanak-kanak prasekolah. Dalam pada itu, l.....

710 hits

92018
article
Kompetensi moral murid tingkatan empat di daerah Dalat Sarawak
Edward Batin Anak Wil
Objektif kajian ini ialah untuk meneliti kompetensi moral murid tingkatan empat di daerah, Dalat, Sarawak untuk menangani isu tingkah laku moral. Instrumen Moral Competency Inventory (MCI) telah digunakan untuk mengukur komponen pengetahuan moral, pertimbangan moral, emosi moral dan perlakuan moral. Seramai 199 orang murid dipilih secara rawak berlapis untuk dijadikan responden. Data yang dikutip dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif dan inferens. Analisis statistik Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi moral dengan jantina dan aliran tingkatan. Hasil keputusan ANOVA juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi moral murid dengan tahap pendidikan dan sektor pekerjaan ibu bapa. Skor min yang tinggi dalam pengetahuan moral dan perasaan moral menunjukkan kedua-dua komponen ini menyumbang kepada kompetensi moral dan wujud korelasi yang kuat di antara keempatempat komponen dalam kompetensi moral. Implikasi kajian menunju.....

448 hits

102019
article
Malaysian unity and integration aspiration: enhancing cultural inclusiveness through investigating minority group Identity Experiences
Noor Banu Mahadir
Ethnic diversity has always posed a challenge to national identity and unity in plural societies. The quest of each ethnic group to maintain its culture, religion and language may lead to conflict with the central government’s efforts at nation-building and integration. Given that Malaysia is an ethnically pluralist society, one of the major on-going tasks of the government has been to develop a nation which is harmonious, integrated and ‘democratic’ as a Malaysian nation. The nature of the current Malaysian national vision has been characterized as ‘ethnically differentiated citizenship’ that promotes Malay ness as a national identity whilst at the same time peripherally recognizing others’ cultural identity. Education plays a role in achieving unity among students. It has been the aspiration and vision of Malaysia education proposes for unity and integration through education policy. Malaysia Educational Blueprint 2012-2025 has indicates that for diverse nations like Mala.....

729 hits

Filter
article ... (10)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Thambu +Nadarajan

+Thambu +Nadarajan +Shanmugavelu +Ganesan

+Raman +Kutty +Shasitharan +Thambu +Nadarajan




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.