UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Zarien Nurlieyana Aminuddin |
1 | 2020 article | Teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zarien Nurlieyana Aminuddin Interaksi lisan merupakan medium penting dalam penyampaian ilmu pengajaran. Terdapat beberapa cara pengajar yang boleh membentuk interaksi yang efektif di dalam bilik kuliah. Tumpuan pengajaran bukan sekadar memberi maklumat pengajaran dan pembelajaran (PdP) malah perlu disertai dengan aktiviti yang menggalakkan interaksi dua hala di anatara pengajar dengan pelajar sewaktuberkomunikasi. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus bahasa Melayu dalam kalangan pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Teknik interaksi lisan bukan sekadar penyampaian maklumat pengajaran namun ia turut mempengaruhi pelajar dalam pencapaian pelajar. Metodologi kajian ini pengkajimenggunakan kaedah kajian kualitatif secara temu bual tidak berstruktur terhadap informan kajian yang dipilih secara bertujuan. Pengkaji memilih kajian kes iaitu satu kes pelbagai tempat amat sesuai dijalankan terhadap empat orang pensyarah Kursus Bahasa Melayu IPG. Pengkaji memilih h..... 638 hits |
2 | 2022 article | Pemahaman interaksi lisan dalam pengajaran Pensyarah kursus Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Zarien Nurlieyana Aminuddin Penguasaan interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah di bilik kuliah merupakan satu proses penyampaian ilmu pengajaran yang berlaku secara dua hala. Interaksi lisan menjadi medium utama memindahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam pelbagai konteks pengajaran. Kajian ini membincangkan tentang pemahaman dan merumuskan teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan Roselan Baki (2003). Teknik teknik interaksi lisan Roselan Baki (2003) mempunyai sembilan pendekatan yang boleh menjadi amalan pengajaran iaitu penerangan, penyoalan, kawalan, penggiliran, pengulangan, arahan, pencungkilan idea,perbincangan dan penilaian. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk pendekatan kualitatif dengan mengkaji satu kes pelbagai tempat dengan melibatkan empat orang pensyarah kursus Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai informan kajian. Teknik persampelan bertujuan dengan beberapa kriteria tertentu sebagai pemilihan sampel yang b..... 83 hits |