AbstractKajian ini bertujuan melaporkan proses penilaian formatif bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Thailand berdasarkan model penilaian formatif Tessmer. Kajian ini melibatkan tiga tahap penilaian, iaitu penilaian pakar, maklum balas daripada pensyarah dan pelajar, kumpulan kecil atau rintis, dan kajian lapangan. Tiga pihak terlibat sebagai responden dalam kajian ini, iaitu pakar bidang, pensyarah, dan pelajar. Borang penilaian bahan, komen bersemuka, dokumen pelajar dan bahan yang dibangunkan digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan penilaian pakar, pensyarah dan pelajar menunjukkan bahawa bahan ini perlu disesuaikan dan diperbaiki khususnya dari aspek kandungan, bahan pengajaran dan pedagogi. Dapatan penilaian kumpulan kecil pula mendapati bahawa aspek kandungan, bahan pengajaran, motivasi, pedagogi, kemahiran bahasa dan penilaian sesuai dengan kemampuan pelajar. Dalam penilaian lapangan pula, didapati bahawa aspek penggunaan bahasa, kandungan, ilust.....