UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Irdawaty Mohd Bokhari
Title :Penerapan nilai-nilai keusahawanan melalui Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2006
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keupayaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dalam menerapkan  nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Raub, Jerantut dan Bentong,  Pahang. Di samping mengenal pasti persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran MPV  oleh guru, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada wujud perhubungan di antara  kecenderungan minat pelajar dengan nilai-nilai keusahawanan. Selain itu,  kajian ini juga adalah  untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara mata pelajaran yang ditawarkan   oleh  pihak  sekolah  dan  pekerjaan  ibu  bapa  dengan  nilai -  nilai keusahawanan pelajar.  Seterusnya, kajian ini adalah untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan dari segi  tahap nilai - nilai keusahawanan antara pelajar­ pelajar MPV dan bukan MPV serta mengikut jantina.  Data ditinjau dengan memilih 4 buah sekolah daripada 13 buah sekolah di Pahang yang ada menawarkan  MPV ini. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik.  Data dianalisis menggunakan  perisian SPSS Versi 12.0. Data dianalisis menggunakan min, peratusan,  frekuensi dan ujian statistik seperti Ujian Anova, Ujian - t serta Pekali Hubungan Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan pencapaian tahap nilai - nilai  keusahawanan di kalangan pelajar yang mengikuti program MPV berada di tahap yang tinggi. Persepsi  pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru juga didapati positif. Selain itu,  didapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara mata pelajaran MPV yang ditawarkan oleh pihak  sekolah dan pekerjaan ibu bapa dengan penerapan nilai - nilai keusahawanan. Kajian ini juga  mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap nilai - nilai keusahawanan antara  pelajar MPV dengan pelajar bukan MPV. Namun, kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang  signifikan dari segi penerapan nilai - nilai keusahawanan mengikut jantina di kalangan pelajar-  pelajar MPV. Selain itu, kajian mendapati terdapatnya hubungan  yang  signifikan  diantara  minat   pelajar  dengan  penerapan  nilai-nilai keusahawanan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.