UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan memperoleh kesahan dan kebolehgunaan kit The Isometric Trio iaitu bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk topik Translasi Tingkatan Dua. Reka bentuk kajian ini adalah kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR). Ia hanya melibatkan dua fasa pertama sahaja iaitu Fasa Analisis dan Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan yang menggunakan model ADDIE. Proses kesahan kit telah dilaksanakan oleh lima orang pakar iaitu empat orang pensyarah Matematik di sebuah universiti awam dan seorang guru Matematik di sekolah menengah untuk menilai kit tersebut. Seterusnya, dengan menggunakan persampelan rawak mudah, seramai 30 orang guru pelatih Matematik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih untuk menentukan kebolehgunaan kit dengan melengkapkan soal selidik kebolehgunaan kit. Maklum balas daripada pakar telah dianalisis dengan menggunakan Indeks Kesahan Kandungan (IKK), manakala kebolehgunaan kit telah ditentukan melalui nilai skor min. Hasil analisis menunjukkan nilai IKK bagi kesahan kandungan RPH, kesahan muka dan kandungan kit masing-masing adalah 1.00, iaitu memuaskan. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa kit yang dibangunkan ini mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dengan skor min 3.71. Sebagai kesimpulan, RPH dan kit yang dibina adalah sesuai dan boleh dirujuk dan digunapakai bagi memenuhi standard pembelajaran dan sesuai dengan topik Translasi Tingkatan Dua. Sebagai implikasi, kajian ini juga dapat memberikan idea baharu, panduan dan maklumat kepada guru-guru khususnya guru Matematik untuk mengaplikasikan bahan bantu mengajar ini di dalam kelas. |
References |
Abdul Ghani, I. (2015). Model Addie Dalam Proses Reka Bentuk Modul Pengajaran: Bahasa Arab Tujuan Khas Di Universiti Sains Islam Malaysia Sebagai Contoh. Proceedings of the International Seminar on Language Teaching ISeLT 2015 Bangi: Malaysia. Abdullah, N. (2013), Keberkesanan Penggunaan Komik Terhadap Pencapaian Dan Minat Murid Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Bagi Tema ‘Malaysia Negaraku’ Tahun 5.Institut Pendidikan Guru, Tawau. Sabah. Alias, N. & Siraj, S. (2013). Application of design and developmental research. In Design and Developmental Research: Emergent Trends in Educational Research. Kuala Lumpur: Pearson Babbie, E. (2013). The Practice of Social Research. Belmont: Cengage Learning. Chua, Y. P. (2011) Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill Education, Shah Alam. Dick, W., & Carey, L. (1996). The systematic design of instruction. 4th ed. New York, NY: Harper Febrian, F., & Astuti, P. (2018). The RME Principles on Geometry Learning with Focus of Transformation Reasoning through Exploration on Malay Woven Motif. Journal of Turkish Science Education, 15(Special), 33-41. Guildford, J. P. & Fruchter, B. (1973). Fundamental statistics in physiology and education (5 ed). New York: McGraw-Hill. Ja’apar, F. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Melihan, U. & Aktas, G. S. (2017). Understanding of Eight Grade Students about Transformation Geometry: Perspectives on Students’ Mistakes. Journal of Education and Training Studies, 5(5), 103 -119. Panorkou, N., Maloney, A., Confrey, J., Platt, D. (2015). Developing Elementary Students’ Reasoning of Geometric Transformations through Dynamic Animation, Montclair State University, Montclair, USA, North Carolina State University, Raleigh, USA. Polit, E. D., & Beck, C. T. (2006). The content validity index: Are you sure you know what’s being reported? Critique and recommendations. Research in Nursing and Health, 29, 489–497. Richey, R. C., & Klein, J. D. (2007). Design and developmental research. New York, NY: Routledge. Riduwan. (2012). Skala pengukuran variable-variable: Penelitian. Bandung: Alfabeta. Rusiman, M. S, Mohamad, M., Che Him, N., Kamardan, M. G, Othaman, S., Shamshuddin, M. H. & Aziz, N. (2017). The use of concrete material in teaching and learning mathematics. Journal of Engineering and Applied Sciences, 12(8), 2170-2174. Sekaran, U. (1992). Research Methods for Business – A skill building approach. (2nd Ed). United States of America: John Wiley & Sons, Inc. Shi, J., Mo, X., & Sun, Z. (2012). Content validity index in scale development. Journal of Central South University. Medical sciences, 37(2), 152–155. Zakaria, S. & Che In, F. (2017). Keberkesanan Kaedah Pengajaran Melalui Pembelajaran Koperatif: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Cost Management Accounting 2
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |