Sikap terhadap pembelajaran Prinsip Perakaunan dan hubungannya dengan pencapaian Prinsip Perakaunan tingkatan 4 di sekolah-sekolah daerah Manjung Perak
Sikap terhadap pembelajaran Prinsip Perakaunan dan hubungannya dengan pencapaian Prinsip Perakaunan tingkatan 4 di sekolah-sekolah daerah Manjung Perak
Type
Thesis
Main Author
Marlina Hassan
Subject
HF Commerce
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2005
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap terhadap pembelajaran Prinsip Perakaunan dan
hubungannya dengan pencapaian tingkatan 4. Konsbuk sikap dilihat melalui tiga dimensi iaitu
kepentingan Prinsip Perakaunan dalam bidang perniagaan, ekonomi dan sosial, minat terhadap Prinsip
Perakaunan dan persepsi terhadap peranan guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Di samping itu,
perbezaan dimensi sikap dan pencapaian di antara kaum Melayu, Cina dan India serta jantina juga
dikaji. Kajian ini adalah penting memandangkan Prinsip Perakaunan adalah mata pelajaran elektif
dalam kumpulan Vokasional dan Teknologi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Satu
kajian kuantitatif berbentuk tinjauan telah di jalankan ke atas 150 orang pelajar tingkatan 4
yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan yang dipilih dari 5 buah sekolah menengah
untuk mewakili 410 populasi di daerah Manjung, Perak. Pengumpulan data adalah melalui soal selidik.
Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menguji perhubungan, manakala ujian-t dan ujian ANOV A
adalah untuk menguji perbezaan. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk
menganalisis data. Hasil kajian mendapati:1) tidak terdapat perhubungan yang signifikan di
antara ketiga-tiga dimensi sikap dengan pencapaian
2) terdapat perbezaan sikap dan pencapaian yang signifikan di antara kaum. 3) terdapat perbezaan
pencapaian yang signifikan di antara jantina. 4) tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan di
antara jantina. Diharap kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Manjung dan sekolah-sekolah yang berkenaan dalam
mengurus dan mentadbir sistem pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Prinsip
Perakaunan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.