UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Norehan Ali
Title :Pembangunan dan penilaian keberkesanan perisian multimedia terhadap pencapaian murid bermasalah pendengaran dalam mata pelajaran Pembantu Penyedia Makanan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk membangun perisian multimedia bagi pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer serta menilai keberkesanannya terhadap pencapaian murid bermasalah pendengaran dalam mata pelajaran Pembantu Penyedia Makanan. Dalam proses pembangunan, kebolehgunaan perisian multimedia diuji dan dinilai oleh enam orang guru mata pelajaran Pembantu Penyedia Makanan dengan menggunakan borang penilaian. Keberkesanan perisian multimedia pula diuji dengan menggunakan reka bentuk kajian eksperimen kuasi yang mana dua kaedah pengajaran dan pembelajaran berbeza dilaksanakan iaitu kaedah konvensional bagi kumpulan kawalan dan kaedah berbantu komputer bagi kumpulan rawatan. Data pencapaian murid dikumpul dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Seramai enam orang murid Tingkatan 5 Pembantu Penyedia Makanan dipilih sebagai sampel dan dipecahkan kepada dua kumpulan, iaitu tiga orang dalam kumpulan kawalan dan tiga orang dalam kumpulan rawatan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kebolehgunaan perisian berada pada tahap positif dan spesifikasi tinggi. Bagi aspek keberkesanan perisian, perbandingan min ujian pra dan ujian pasca menunjukkan terdapat peningkatan positif pencapaian murid kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Perisian multimedia yang dibangunkan sesuai digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer serta dapat meningkatkan tahap pencapaian murid bermasalah pendengaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.