UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Wan Sulaiman Wan Elias
Title :Tahap kebimbangan pemain bola jaring sebelum pertandingan dan pengaruhnya terhadap pencapaian prestasi dalam pertandingan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama kajian ini untuk mengenal pasti tahap kebimbangan kognitif, somatik, dan keyakinan diri serta melihat secara umum masa tahap kebimbangan yang paling menyukarkan pasukan bola jaring bawah 18 tahun Sekolah-Sekolah Menengah Gabungan Samarahan tujuh hari, tiga hari, dan 30 minit sebelum pertandingan dimulakan. Di samping itu kajian ini juga cuba untuk men genal pasti kesan kebimbangan dan keyakinan diri terhadap prestasi atlet. Seramai 60 subjek telah dipilih yang terdiri daripada 10 pemain untuk setiap pasukan dari enam buah Sekolah Menengah Gabungan Samarahan. Satu set borang soal selidik Cognitive-Somatic Anxiety Questionaire ( CSAI-2) digunakan. Data yang diperolehi dianalisa dengan membanding min berdasarkan kepada anova sehala dengan menggunakkan SPSS for Windows 11.0. Pengujian hipotesis bagi kumpulan subjek dibuat berdasarkan kepada aras keertian, a =0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebimbangan antara pemain bola jaring bawah 18 tahun tujuh hari sebelum pertandingan dengan nilai F dikira =1.006. lni bermakna hipotesis nol diterima pada df = 179, P > 0.05 = 0.472. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebimbangan antara pemain bola jaring bawah 18 tahun tiga hari sebelum pertandingan dimulakan.dengan nilai F dikira =1.207. Ini bermakna hipotesis nol diterima pada df = 179, P > 0.05 = 0.210. Selain itu dapatan kajianjuga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebimbangan pemain bola jaring bawah 18 tahun 30 rmrut sebelum pertandingan dimulakan.dengan nilai F dikira =1.030. lni bermakna hipotesis nol diterima pada df = 179, P > 0.05 = 0.436 .. Dengan itu jelas bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebimbangan kognitif, somatik, dan keyakinan diri antara pemain bola jaring bawah 18 tahun Sekolah-Sekolah Menengah Gabungan Samarahan tujuh hari, tiga hari, dan 30 minit sebelum pertandingan dimulakan. Berdasarkan kepada pengujian hipotesis tersebut juga dapat dirumuskan bahawa tahap kebimbangan sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi pasukan yang bertanding. Ini adalah kerana pasukan yang mempunyai tahap kebimbangan kognitif dan somatik yang rendah serta keyakinan yang tinggi memperolehi keputusan yang baik. Manakala pasukan yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi dan keyakinan yang rendah memperolehi keputusan yang kurang baik dari kedudukan dan jaringan. Kesimpulannya hasil dari kajian ini penyelidik mendapati situasi tahap kebimbangan pemain perlu diambil berat dan dikawal terutama 30 minit sebelum pertandingan dimulakan kerana ia mempengaruhi prestasi pemain atau pasukan semasa bertanding.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.