UPSI Digital Repository (UDRep)

Faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan dalam kalangan usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Malaysia

AVAILABLE Thesis 655 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan dalam kalangan usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Rosini Nawang Mustapen
Subject
HD Industries. Land use. Labor
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2012
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh faktor kesedaran keusahawanan, penguasaan keusahawanan, pendidikan dan latihan keusahawanan, ciri-ciri keusahawanan serta demografi terpilih terhadap prestasi perniagaan dalam kalangan usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Instrumen kajian adalah menggunakan soal selidik terancang yang telah digunakan dalam kajian penyelidik lain dan disesuaikan dengan kesesuaian kajian. Sampel kajian telah dipilih daripada para usahawan yang telah menyertai showcase kebangsaan SDSI 2010. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik inferen termasuklah ujian t, Korelasi Pearson dan Regresi Logistik. Dapatan deskriptif mendapati faktor kesedaran, penguasaan, latihan dan pendidikan, ciri-ciri keusahawanan serta prestasi perniagaan adalah sederhana. Seterusnya, dapatan statistik analisis mendapati, tidak terdapat perbezaan yang signifikan prestasi perniagaan antara jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan, tidak terdapat hubungan yang signifikan latihan dan pendidikan keusahawanan terhadap prestasi perniagaan. Selain daripada itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan penguasaan keusahawanan antara usahawan lelaki dan wanita. Kajian juga mendapati, criterion kesedaran keusahawanan menyumbang kepada prestasi perniagaan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.