UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan sikap dan penglibatan tenaga pengajar dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Kolej Vokasional

AVAILABLE Thesis 744 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan sikap dan penglibatan tenaga pengajar dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Kolej Vokasional
Type
Thesis
Main Author
Mohd Sazali Abd Hamid
Subject
T Technology (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of publication
2023
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap hubungan sikap dan penglibatan tenaga pengajar dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Kolej Vokasional secara lebih signifikan mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah. Kurangnya kajian empirikal di sekolah-sekolah menyebabkan isu keselamatan dan kesihatan yang timbul tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Model Teori Heinrich dan Teori Domino dijadikan sebagai tunjang kepada kajian ini. Rekabentuk kajian kuantitatif secara tinjauan digunakan untuk memperoleh data di lapangan. Instrumen yang digunakan adalah adaptasi daripada Mazlan (2017) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (2018). Sebanyak 40 item telah digunakan untuk menentukan ukuran sikap, pengaruh dan penglibatan tenaga pengajar di Kolej Vokasional. Dapatan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS untuk menjelaskan korelasi dan regrasi berdasarkan data. Analisis deskriptif digunakan untuk menjelaskan mengenai demografi responden kajian manakala analisis statistik inferensi iaitu analisis ujian korelasi pearson dan analisis ujian regresi pelbagai bagi menguji hipotesis kajian. Hasil kajian telah mengenal pasti hubungan yang signifikan dalam ujian korelasi pearson iaitu r = 0.464. Pemboleh ubah sikap tenaga pengajar ternyata mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemboleh ubah amalan keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan di tempat kerja. Pemboleh ubah penglibatan tenaga pengajar turut mempunyai hubungan yang signifikan iaitu r = 0.881. Hasil kajian bagi ujian regresi pelbagai β= 0.53 telah mengenal pasti pengaruh kepada pemboleh ubah kriterion iaitu di dalam kajian ini dengan amalan keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan di tempat kerja. Sehubungan itu semua hipotesis null kajian telah ditolak. Beberapa implikasi kajian yang harus diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan seperti memperbanyakkan kajian-kajian, meningkatkan budaya amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk menyediakan pelajar sebagai individu yang kompeten dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.