UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
ISSN :1394-7176
Main Author :Kiting Rosliah, Talin Rosy, Mahali Saidatul Nornis,
Title :Nilai pendidikan Talaala dan impak kepada pembentukan generasi muda Kadazandusun
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016

Abstract :
Talaala merupakan puisi Kadazandusun yang kebanyakannya masih dalam bentuk tradisi lisan. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk menganalisis nilai-nilai pendidikan yang terdapat dalam puisi ini dan impak kepada pembentukan generasi muda Kadazandusun. Reka bentuk kajian kualitatif digunakan dengan melaksanakan kerja lapangan untuk mengumpul datamelalui temubual. Teori Fungsi Bascom dan Model Kesantunan Berbahasa Leechdigunakan untuk melihat nilai pendidikan dalam talaala. Analisis data mendapati talaalamempunyai nilai-nilai pendidikan untuk membentuk generasi yang mementingkan keluarga, bijak menangani perasaan dan berhati-hati dalam menghadapi pelbagai jenis pengaruh. Nilai-nilai pendidikan ini memberikan impak kepada pembentukan generasi yang berdiplomasi, bertoleransi, menghormati, sopan santun, rasional dan bijaksana. Nilai-nilai ini penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi yang kaya dengan pemikiran dan pancaran budi serta seimbang dari segi jasmani dan rohaniah.

References

1. Ani Omar. (2013. Keindahan Peribahasa Cerminan Peribadi Insandalam Sang Budiman. Selangor: PTS Akademia. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Konsep-konsep Asas dalam Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Low Kok On, Kandok. J., Kiting,R.,Cheang, S.Cdan Nornis, S.(2013). Teka-teki Warisan Peribumi Sabah: Konteks, Fungsi dan Pengkategorian.Kota Kinabalu:Kementerian Pelangongan dan Kebudayaan Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah. 4. Tombung, R.B.(1994). Sastera Dusun. Kota Kinabalu: PersatuanDusun Sabah Bersatu. 5. Udong, R.F. (1995). Peranan Bahasa Kadazandusun Dalam Pembangunan Seni dan Sastera Tempatan.Kopoilaan KoubasananOktober-DisemberVol.3KDCA:24-33.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.