UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini berfokuskan pada pengintegrasian elemen Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI) dalam pembangunan kit LETTI sebagai alat bantu mengajar bagi topik Integer dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan 1. Pembangungan kit LETTI adalah melalui pengaplikasian kaedah pembelajaran berasaskan permainan dan berpandukan lima fasa model pembangunan ADDIE. Elemen QEI diterapkan secara menyeluruh dalam merangka pembangunan kit LETTI melalui empat aspek utama iaitu galakkan penerokaan ilmu Integer, kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran berkomunikasi dan pemikiran kreatif dan inovatif. Kesahan dan kebolehgunaan kit LETTI juga dilaksanakan bagi menjamin kelestarian kit LETTI sebagai alat bantu mengajar yang baik bagi topik Integer Tingkatan 1. Implikasi Kit LETTI mampu membawa kepada akal yang berfikir dan berzikir dengan mengaitkan ilmu yang diperolehi melalui nama-nama Allah dan kebesaran-Nya. Selain itu, pengetahuan ilmu secara empirikal dan teoritikal menambahkan lagi daya kemampuan pemikiran akal. Seterusnya, dapat menghubungjalinkan pengetahuan yang ada untuk berfikir secara seimbang dan menonjolkan lagi keperibadian ulul albab melalui asas elemen QEI.
Kata kunci: QEI, Kit LETTI, Integer, Model ADDIE |
References |
1. Abdul Rahman M.F.F., Shafie S., & Mat N.A. (2021). Development of LETTI Kit Based on Game-Based Learning in Mathematic Subject Form One Integer Topic submitted in 7th International Conference on Green Design and Manufacture 2021. 2. Abdul Halim Abdullah et al., (2017). Pencapaian Matematik TIMSS 1999, 2003, 2007 2011 dan 2015: Di Mana Kedudukan Malaysia Dalam Kalangan Negara Asia Tenggara? Malysian Journal of Higher Order Thiking Skills in Education. 3(3), 78-81. 3. Batjo, N., & Ambotang, A. S. (2019). Pengaruh Pengajaran Guru Terhadap Kualiti Pengajaran Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(2), 30-42. 4. Bryant, P., & Nunes, T. (2002). Children’s understanding of mathematics. In U. Goswami (Ed.), Blackwell handbook of childhood cognitive development (pp. 412−439). Malden, The Netherlands: Blackwell. 5. Ghazali. A (2015). Kepekaan Nombor Numerasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pendidikan Sekolah Rendah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 6. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum. Penilaian kendalian sekolah/Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 7. Lynn, M.R. (1986). Determination and quantification of content validity. Nursing Research, 35, 382–385. 8. Mohd Arshad, A. (2015). Ulasan sistematik: Program ulul albab dalam sistem pendidikan di Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(4). 9. Muhammad, M., Talip, R., & Taat, M. S. (2019). PENGARUH KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERHADAP KEPUASAN BELAJAR PELAJAR KOLEJ-KOLEJ SWASTA DI SABAH. Jurnal ILMI, 9(1), 102-119. 10. Samian, A. L. (1997). Falsafah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Siong, W. W., & Osman, K. (2018). Pembelajaran berasaskan permainan dalam pendidikan STEM dan penguasaan kemahiran abad ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 3(1), 121-135. 12. Zakaria, Z. (2020). Empowering ulul albab teacher trainees through qei module training. Gading Journal for Social Sciences, 23(1), 46-50 |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |