UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Inovasi “SaBBAr” ialah singkatan kepada ayat Sambung dan Baca Bahasa Arab yang mengaplikasikan padanan huruf rumi-arab. Inovasi ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid membaca perkataan bahasa arab dengan menggunakan Kaedah “SaBBAr”. Berdasarkan pemerhatian dan refleksi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan, terdapat murid yang masih lagi tidak menguasai kemahiran membaca perkataan bahasa arab terutama berlaku kepada murid bukan islam dan murid pemulihan. Oleh itu, teknik pengajaran baharu dengan menggunakan pendekatan pembelajaran gamifikaksi dalam Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbun (AR) iaitu kaedah “SaBBAr” telah direka untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam kajian ini, model Kemmis & Mc Taggart (1988) telah digunakan dalam melaksanakan langkah merancang, melaksana, memerhati dan merefleksi. Instrumen pemerhatian, temubual, ujian lisan dan analisis dokumen telah digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul maklumat dan data kajian. Dua kitaran kajian telah digunakan oleh pengkaji untuk mencapai objektif kajian inovasi bagi meningkatkan kemahiran dan minat murid membaca perkataan bahasa arab dan membantu menambah baik amalan pengajaran guru. Kesimpulannya, perlaksanaan kaedah “SaBBAr” telah mengubah tingkahlaku dan minat murid untuk membaca serta membantu guru dalam menambahbaik amalan pengajaran membaca perkataan bahasa arab. Inovasi ini juga telah berjaya membuktikan keberkesanannya apabila telah diuji kepada beberapa orang murid yang berbeza latar belakang dan berbeza jenis lokaliti sekolahnya, Inovasi “SaBBAr” ini juga dapat diaplikasi oleh komuniti untuk mempelajari membaca Al- Quran dan membudayakan pendidikan revolusi industi 4.0.
Kata kunci: Kemahiran membaca, “SaBBAr”, Bahasa Arab, Rumi-Arab, gamifikasi |
References |
Abdullah & Ainon (1986), Daya pengaruh dan perubahan sikap. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Ahmad Mahdzan Ayob (1992). Kaedah penyelidikan sosioekonom, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Yan Piaw (2011). Kaedah penyelidikan Jilid Dua. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Gagne, R.M (1977). The conditions of learning.3rd.ed.USA : Holt, Rinehart ang Winston. Ibrahim Saat (1995). Isu pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi bilik darjah : asas pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. M. Basri Hamzah (2012). Media dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Laman Sesawang; www.rasdian.edu.my/portal/index.php. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |