UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Perkongsian data peribadi yang tidak terkawal di kalangan pelajar dalam penggunaan
perkhidmatan rangkaian sosial dapat mengakibatkan pencerobohan data sekiranya
langkah perlindungan data peribadi tidak diamalkan. Kajian ini dibangunkan untuk
meramal pengaruh motivasi terhadap perubahan tingkah laku perlindungan data
peribadi di kalangan pelajar Kolej Vokasional seluruh Malaysia berdasarkan Teori
Motivasi Perlindungan. Reka bentuk kuantitatif berdasarkan pendekatan kajian korelasi
digunakan dalam membangunkan kajian ini dengan melibatkan seramai 214 orang
pelajar Kolej Vokasional yang mengambil jurusan Teknologi Sistem Komputer dan
Rangkaian di seluruh Malaysia. Soal selidik digunakan dalam mengumpul data dan
dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan regrasi berganda. Dapatan menunjukkan
ancaman ganjaran maladaptif menyumbang sebanyak 14.9%, ancaman kelemahan
menyumbang sebanyak 4.3% dan tanggapan keyakinan diri menyumbang sebanyak 2%
terhadap perubahan tingkah laku perlindungan data peribadi dalam penggunaan
perkhidmatan rangkaian sosial. Kesimpulan daripada kajian ini membuktikan ancaman
ganjaran maladaplil'dan ancaman kelemahan merupakan faktor bagi penilaian ancaman
manakala tanggapan keyakinan diri merupakan faktor bagi penilaian tanggapan yang
dapat mempengaruhi perubahan tingkah laku perlindungan data peribadi dalam
penggunaan perkhidmatan rangkaian sosiaL Implikasi kajian ini dapat membantu dalam
merangka atau menambah baik program kesedaran dan kurikulum berkaitan
keselamatan siber khususnya perlindungan data peribadi di kalangan pelajar Kolej
Vokasional. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |